Ahli Kelab Kad !!

Dec 20, 2014

Aktiviti cuti sekolah




Takde aktiviti yang lebih best time cuti sekolah nih selain daripada diaorg nih mendera teman!
terdera perasaan..tenaga..emosi..termasuk jugak terdera lemak tepu! hahahahaha
time cuti sekolah ni,toksah haraplah boleh selesai siap semua keje rumah dengan cepat.
kita akan repeat proses yang sama ntah berapa kali sehari!
ini termasuk sesi menyapu..mengemas...kutip baju kotor...membebel...jadi separuh tarzan...
dalam cuti sekolah jugaklah teman boleh ada pembantu sampingan yang sangat-sangat 'membantu'!
tak bagi tolong kang..katanya kita ni takmo dia tolong..
dibagi keje suruh buat,...bergaduh aje penyudahnya 2 orang tu..



 setiap kali mengemas ruang tamu atas,..
sesi bergaduhkan vacuum adalah acara wajib!
dan selalunya juara acara ni adalah seperti gambar di atas..




 yang ni pulak acara kemas ruang tamu bawah...
tak boleh bagi satu aje kain lap..kene adilll



 rare betul skill gini!
umie pon tak pernah try lagik,dik!



satu benda yang kene banyak-banyak redha bila lantai rumah kaler putih..
mata ni sensentap sangat even nampak rambut selai..
titis air milo?..huh,tu dah serupa lantai kene demam campak..








tiada aktiviti yang lebih best selain main masak-masak batu & rumput guna kuali dan sudip umie.
mula-mula masak kemain bekerjasama..
penghujung sesi masak kang ada yang bergaduh sudip..bergaduh batu..penyudahnya teroyak!!!





disebabkan cuti sekolah, jadi ada la banyak sikit masa lapang...
kebetulan pulak aritu cik abg tu bercuti 2 hari..
maka,..kami bergotong royong buat tempat nak taman pokok bunga..
tak payah sesusah upah orang..sendiri kuli,sendiri bos.hahahaha










 gigih tu sesama sodok pasir, bancuh simen..ketuk batu bagi terbelah cantik-cantik..dan kos yang kami keluarkan adalah zero! ada cerita sebenarnya pasal batu nih..
masa memula beli pasir untuk tambak tanah nak buat rumah dulu, taukey cina tu tersilap hantar 2 lori batu ke tanah kami.dan kebetulan pulak batu-batu tu besar-besar tapi bercorak elok..malah,bila kita ketuk batu tu,dia boleh terbelah dengan cantik.maka,kitaorg kumpul simpan kat belakang rumah.simen pulak ada lebihan masa kontraktor buat rumah dulu.pasir pulak kami amik dari depan rumah aje.kebetulan ada jentolak dok kaut pasir dari tanah depan sebab nak buat longkang.jadi keseluruhannya kami hanya mengeluarkan modal penuh kami sahaja.
2 hari jugaklah sakit belakang sebab sakan sangat dok usung kereta tolak,dok gigih sodok pasir..hahahaha tapi seriusly seronok!



 setelah sebulan bercuti penuh dari tengok buku,...Abam Mat kembali ke pangkuan bukunya. ujung bulan ni orientasi masuk sekolah.dengar-dengar cerita pihak sekolah ada buat penilaian untuk tahu tahap prestasi murid.tentera yang berdiri dibelakang Abam Mat tu baru pandai membebel. asyik membebel aje kejenye.sepatah habuk pon tak paham tapi teman iyekan aje..




sempena nak masuk sesi persekolahan ni,..bilik Abam Mat diberi nafas baru sikit.biar ada semangat nak mulakan persekolahan.kasik meja ngadap tingkap pulak.




 cik adik yang ni tengah sebuk belajar sembahyang..
setiap kali dia nampak teman pakai telekung,..dia pon sama nak solat.
tapi itulah,..satu rakaat aje dia solat.lepas siap dia pon blah..
part tak boleh tahan bila tengok mulut dia pon terkumat-kamit baca surah..


itu ajelah sedikit sebanyak cerita nak kongsi. teman tau teman masih berhutang cerita pasal rumah.nanti eh, ada masalah sikit dalam nak dapat approval reveal pasal rumah.masih dalam proses nak dapatkan kelulusan.insyaAllah,..last sekali,...amikla sekeping nih..



gambar spontan abes kami yang dikandid oleh ayah.ingatkan dia memain kata nak amik gambar,...sekali dia btol-btol amik! ohh,nampak tak dari sapa anak-anak dapat perangai suka posing depan kamera? tuu,..sifu dia ada kat situ.hahahahahaha



Dec 7, 2014

Ahmad & Konvo PASTI





Kalo dah namanya emak-emak....
tetapppp jugak nak buat rekod atau catatan pasal anak sendiri...
yelah,..tak kisahla ada anak sorang ataupon berbelas,
kalau boleh,setiap kejadian penting dalam hidup anak dia tu,..mesti ada rekod serba sikit untuk kenangan.
dan tak terkecualilah pada diri teman..



Alhamdulillah, Abam Mat dah pon menamatkan zaman tadikanya. 3 tahun menimba ilmu bersama PASTI. kalau ingat-ingat balik kenangan memula daftar PASTI 3 tahun lepas memang boleh buat drama! Drama peluk lutut ayah sebab takmo kene tinggal kat sekolah..drama menangis sampai tertido atas sejadah sebelah cikgu lepas tu siap pakej ponteng sekolah seminggu sebab demam terkejut masuk sekolah..tak masuk lagi drama umie temankan sesama pegi sekolah smpai nak naik hafallah lagu harian diaorg selama 3 minggu...ohhhh Abam Mat!!!


Abam Mat merasa naik pentas 2 kali malam tu. Alhamdulillah.



Part ni naik pentas untuk 1st round. Ni versi hadiah kecemerlangan untuk nombor 1 - 3 dalam kelas kategori 6 tahun setiap PASTI kawasan Taiping.





 Yang ni 2nd round. Acara amik scroll sempena tanda dah tamat belajar di PASTI, Disebabkan antara kengkawan dia,..nama dia yang mula dengan huruf A,...jadi Abam Mat dululah naik mencemar duli pegang scroll.gigih tau umie mencelah di antara mak bapak lain yang dah ready amik posisi memasing nak amik gambar anak diaorg. Time nih toksah cakaplah cemana perasaan teman.alangkan time berdiri nyanyi lagu Negaraku & Perak Darul Ridzuan pon bergenang air mata,Inikan pulak tengok anak sendiri pakai jubah,topi bagai naik pentas amik scroll ala-ala ijazah. Terasa sangat masa 6 tahun berlalu cepat sangat..




Apasal gambar gegar? sila ajukan soklan anda pada jejaka baju purple itu.beliaulah yang memegang kamera.teman bizi peluk 2 hero tu haa supaya duduk diam.kemain payah nau nak boleh amik gambar keluarga sekeping. oh lupa! abaikan juga gambar ala-ala warna kundang,....majlis kali ni dibuat waktu malam.jadi,mencari arah pencahayaan adalah sangat menyedihkan.





 Inilah kengkawan Abam Mat.tahun lepas ramai lagi geng-geng kelas dia tapi tahun ni dah berkurang jadi 13 orang aje sebab ramai dapat tawaran masuk pra-sekolah.abaikan senyuman Abam Mat tu.bila ditanya....
" kenapa Ahmad senyum macam tu? senyumlah betul-betul"
"Ahmad tak boleh senyum sebab Ahmad takde gigi!"



 Sapa nak sangka kemain segak lagik anak bujang ni menamatkan sesi tadika. Siap pakai topi segitiga,ko! Umie tadika dulu takde pon majlis graduate gini,nak..Dulu salam cium tangan dengan cikgu tadika aje.




Yang ni pulak hari penyampaian hadiah versi kat sekolah.yang mana semua pelajar akan dapat hadiah terutama yang berumur 6 tahun.untuk meraikan pelajar 6 tahun yang bakal menamatkan persekolahan mereka,...diaorg ajelah yang buat persembahan.



Sebenarnya,diaorg semua ni berdiri untuk persembahan ayat hafazan.terkejut sangat bila mendengar anak-anak ni lancar menghafaz surah Al-Mulk dari ayat 1 hingga ayat 21. Umie sendiri pon terkial-kial nak menghafaznya.





Yang ni pulak kalo tak salah teman,...diaorg nyanyi lagu nasyid masa diaorg masuk pertandingan Qalam Jamai'e pertengahan tahun haritu.tapi,PASTI Abam Mat kalah.tak sempat masuk final pon.





Dan beserta gambar paling hensem! hahahahaha. pertama kalinya teman terpaksa keluar dari tempat persembunyian sebab nak kene sampaikan hadiah untuk Abam Mat.nak suruh ayahnya keluar sampaikan hadiah,..ayah pulak takde.tau ajelah kalau majlis buat hari kerja,..memang ayah tak dapat join.maka,dalam segan senyum tu berjaya jugak teman bagi posing paling hensem.hahahahaha... Bila duduk semula,..tengok-tengok....Adam dah pon selamat memandikan henpone teman dengan air masak dalam botol dia..hadeiiiiii! tak pepasal pulak balik rumah lepas habis majlis tu kene jemur henpone, 3 hari jugaklah henpone tu macam mintak nyawa je!