Ahli Kelab Kad !!

Sep 30, 2014

Dobot








Dukacita dimaklumkan,.. makcik dobot tidak lagi bersama kami.
bukan disebabkan kematian...bukan jugak disebabkan kes lari dari rumah...
sebaliknya,...beliau telah di"kidnap" oleh orang yang tidak bertanggungjawab!!



Last sekali teman peluk dobot hari Ahad tengahari ( 7/11)..
lepas tu tak jumpa lansung dah...
2-3 hari memula tu masih mampu mengawal diri..
positif yang makcik dobot cuma jenjalan jauh sikit cari kengkawan baru..
masuk hari ke-4,...dah tak boleh tahan lagi...
seharian mengalir air mata...
macam ternampak-nampak aje makcik dobot tunggu kat tepi tiang porch.



setelah dirisik-risik dari berita setempat...
barulah kami tau yang kebelakangan ni memang tengah giat kegiatan "kidnap" kucing terutama yang jenis berbulu lebat..
masalahnya,..makcik diva teman tu dah berumur..
bukan lagi dalam masa nak menggatal,melompat-lompat..
dia lebih suka rileks,..berehat..jalan2 makan angin...



minggu pertama kehilangan dobot,...
tak dinafikan teman sasau!!
bukak peti ais nampak makanan peket dia,..bergenang air mata.
terasa sangat rinduuuu bau dobot.
bila bentang sejadah,ternampak-nampak dia dok main renda sejadah tu.
Allah,...sakitnya dada ni.
macam tu sekali rasa sayangnya kita pada binatang..
cemana lah manusia sekarang boleh sesedap aje buang anak sendiri..


masuk minggu kedua kehilangan dia....
teman dah dapat mengawal diri..
walaupon kadang-kadang masih lagi berharap akan nampak makcik dobot muncul kat tepi tiang porch...






dia sentiasa dekat dalam hati teman....

May 27, 2014

Excited sangat!


Abang ini mencipta sejarah sendiri dengan melanggar secara reverse dinding porch rumah barunya yang belom pon beliau diami! Turun aje dari kereta gajah beliau,speechless sambil membelek dinding dan kereta gajahnya.demi mencover ke'cuak'an beliau dihadapan isteri tercinta...terus ajak seisi keluarga menemani beliau pegi kedai hardware.nak cari plaster dinding demi menampal semula kecacatan yang telah beliau lakukan.petang tu jugak kerosakan berjaya dipulihkan tanpa dapat dikesan kecacatan tadi dengan mata kasar. Tahniah bang sebab dah rasmikan rumah baru abang dengan cara yang sangat ohsem.abang memang terbaekk! (^/\^)

posted from Bloggeroid