takde berita yang best melainkan kerutan kening ajer dari cik misi......
4 bulan pregnen....berat cuma naik 2.3kg sahaja dari berat biasa
bacaan BP adalah sentiasa ohsem...99/61 sampai misi pon dah tak tahu nak cakap macam mana...semedang low!
bacaan HB mencatat rekod apabila dicatat dalam buku dengan pen merah...HB cuma 10.9 ( kata doktor,..kalo HB masih berterusan macam ni, ada harapan beranak tak cukup bulan!.takmo..takmo )
dan doktor dengan jayanya menambah sukatan ubat dek kerana bacaan HB yang tidak bagus..syabas emy!!
komen misi yang tak berapa best nak dengar masa sesi ukuran perot... " perot awak kecik" ..okeh,nanti saya cuba besarkan perut saya dengan makan tanpa henti!