Ok..ok..cerita ni memang dah banyak kali tunda entrynya.berjanji dah banyak kali tapi berceritanya idak jugak!!!! cemana nak publish entry kalo ceritanya perenggan pertama pon tak abes tulis.?..ini la baru btol-btol berkesempatan nak menulis.adik tak berapa sehat arini.nak kata sakit mata,..xde pulak matanya merah tapi dah 2 hari bangun tido dua belah mata bersememeh banyak dengan taik mata.dan pagi ni baru ada rasa dedar sikit badannya.jadi,..ayah kasih cuti rehat masak untuk umie dengan syarat tolong tapaukan koeyteow kerang untuk dia.itu adalah sangat senang! hahahahahaha ok,tengok..intro aje dah jauh merepeknyaaaaaa..
Entry ni berkisahkan impian kami.bukan bertujuan membangga diri atau menunjuk-nunjuk.kalo rasa time anda nak baca entry ni tetiba terdetik dalam hati perasaan bahawa kami ini ingin menunjuk-nunjuk,sila klik icon "X" dihujung sebelah kanan pc anda.blog teman ni berkisahkan keluarga,kisah suka duka kami.tiada maksud lain.mekasihh..
Alhamdulillah, pada bulan Oktober 2013, Allah murahkan rezeki kami dengan limpahan rezekiNYA yang kami tunggu-tunggu. walaupon banyak rintangan,dugaan yang kami hadapi selama merealisasikan impian kami ni.. jatuh bangun..ntah berapa kali turun naik bangunan MPT...tak termasuk kali ntah berapa kali pinda design sebab tak memenuhi kehendak & lakaran kami....akhirnya.segala penat lelah kami dibayar..., syukurr!!
terasa sangat legend bila tengok nama sendiri cik abg terpampang kat kain gini...kemain gile gelemer!
Tapak rumah comel kami. bulan 10 aritu dah bermula proses membinanya.insyaAllah,kalo takde apa-apa masalah pertengahan tahun ni dijangka siap.jauh lagi masanya.banyak lagi progress keje yang masih berjalan.rasanya,inilah pertama kali teman reveal pasal hal rumah secara terbuka.dalam instagram ada jugak update sikit-sikit especially progress keje.sebagai kenangan kami.
Inilah pemandangan mula-mula sekali yang kontraktor buat.sesi ukur-ukur.teman memang awal-awal dah serender bab ni sebab tak reti.aaaa.....yang baju putih tu bukan kontraktor ye.sebaliknya ketua kepada konraktor merangkap empunye rumah.cik abg tu memang banyak abeskan masa kat site..(perghhh..ayat bajet macam engineer!!!) hahahahaha... tapi memang betul pon.semua progress keje kontraktor dia selia sendiri.hari-hari datang tengok tapak rumah.kalo setakat datang tengok tapak rumah lenggang-lenggang tu konsider ok lagi..ni,siap bawak pelan rumah hoke!! Sebenarnya, pembinaan rumah ni banyak memberi makna & kepuasan pada kami. seronok rasanya bila tengok progress rumah tu dibuat satu persatu & berjalan seperti yang dirancang.pekerja & kontraktor jugak bagi kerjasama yang sangat baik pada respon kami & teguran kami.itu adalah satu bonus hoke! ada sesetengah kontraktor tak suka bila tuan rumah cerewet & banyak bagi "tunjuk ajar" pada si kontraktor.even kontraktor kami cina tapi sangat sempoi! dan rasa lebih bermakna bila....
lakaran asal pelan rumah kami adalah hasil idea & kreativiti incik asben sebelum di hantar kepada pelukis pelan yang sebenar..dia yang banyak abeskan masa belek buku-buku berkaitan rumah semua nih.gigih hari-hari pegi keje usung drawing block semua tu.tak termasuk lagi ntah macam-macam pembaris,pita ukur.... dia jugak yang selalu mengadap muka pelukis pelan bila ada design yang dia tak berkenan. teman memang tak berapa amik port part ni.even macam tu,bukan bermaksud lepas tangan.setiap amendment yang dibuat,..of cos cik abg tu akan amik gambar & tunjuk dengan teman.lepas tu kita sama-sama study balik & cari outcome untuk resolve perkara tu.memang berbaloi rasanya usaha dia selama ni. I'm pround with u,yang!!!
Puan yang tak berapa besarr datang melawat tapak projek.hahahahaha..selalu sangat culas datang tengok tapak projek.bukan malasss tapi....kalo follow cik abg tu tengok progress rumah,..koman-koman sekali lawatan cecah setengah jam.ohhhhh,..tak berapa sanggup sambil nak berdiri dukung Adam. cair lemak den!!
Antara gambar-gambar progress keje yang ada dalam simpanan teman yang teman wassap dari henpone cik abg tu.tak boleh reveal semua.sikit-sikit bolehla :D
Itulah sedikit sebanyak ceritanya.legaaa rasanya sebab dah abes hutang cerita rumah.hutang cerita lain tu...sabar-sabar ye. InsyaAllah,mohon kengkawan sesama doakan moga semua urusan ni berjalan lancar. Amin.