Ahli Kelab Kad !!

Dec 20, 2014

Aktiviti cuti sekolah




Takde aktiviti yang lebih best time cuti sekolah nih selain daripada diaorg nih mendera teman!
terdera perasaan..tenaga..emosi..termasuk jugak terdera lemak tepu! hahahahaha
time cuti sekolah ni,toksah haraplah boleh selesai siap semua keje rumah dengan cepat.
kita akan repeat proses yang sama ntah berapa kali sehari!
ini termasuk sesi menyapu..mengemas...kutip baju kotor...membebel...jadi separuh tarzan...
dalam cuti sekolah jugaklah teman boleh ada pembantu sampingan yang sangat-sangat 'membantu'!
tak bagi tolong kang..katanya kita ni takmo dia tolong..
dibagi keje suruh buat,...bergaduh aje penyudahnya 2 orang tu..



 setiap kali mengemas ruang tamu atas,..
sesi bergaduhkan vacuum adalah acara wajib!
dan selalunya juara acara ni adalah seperti gambar di atas..




 yang ni pulak acara kemas ruang tamu bawah...
tak boleh bagi satu aje kain lap..kene adilll



 rare betul skill gini!
umie pon tak pernah try lagik,dik!



satu benda yang kene banyak-banyak redha bila lantai rumah kaler putih..
mata ni sensentap sangat even nampak rambut selai..
titis air milo?..huh,tu dah serupa lantai kene demam campak..








tiada aktiviti yang lebih best selain main masak-masak batu & rumput guna kuali dan sudip umie.
mula-mula masak kemain bekerjasama..
penghujung sesi masak kang ada yang bergaduh sudip..bergaduh batu..penyudahnya teroyak!!!





disebabkan cuti sekolah, jadi ada la banyak sikit masa lapang...
kebetulan pulak aritu cik abg tu bercuti 2 hari..
maka,..kami bergotong royong buat tempat nak taman pokok bunga..
tak payah sesusah upah orang..sendiri kuli,sendiri bos.hahahaha










 gigih tu sesama sodok pasir, bancuh simen..ketuk batu bagi terbelah cantik-cantik..dan kos yang kami keluarkan adalah zero! ada cerita sebenarnya pasal batu nih..
masa memula beli pasir untuk tambak tanah nak buat rumah dulu, taukey cina tu tersilap hantar 2 lori batu ke tanah kami.dan kebetulan pulak batu-batu tu besar-besar tapi bercorak elok..malah,bila kita ketuk batu tu,dia boleh terbelah dengan cantik.maka,kitaorg kumpul simpan kat belakang rumah.simen pulak ada lebihan masa kontraktor buat rumah dulu.pasir pulak kami amik dari depan rumah aje.kebetulan ada jentolak dok kaut pasir dari tanah depan sebab nak buat longkang.jadi keseluruhannya kami hanya mengeluarkan modal penuh kami sahaja.
2 hari jugaklah sakit belakang sebab sakan sangat dok usung kereta tolak,dok gigih sodok pasir..hahahaha tapi seriusly seronok!



 setelah sebulan bercuti penuh dari tengok buku,...Abam Mat kembali ke pangkuan bukunya. ujung bulan ni orientasi masuk sekolah.dengar-dengar cerita pihak sekolah ada buat penilaian untuk tahu tahap prestasi murid.tentera yang berdiri dibelakang Abam Mat tu baru pandai membebel. asyik membebel aje kejenye.sepatah habuk pon tak paham tapi teman iyekan aje..




sempena nak masuk sesi persekolahan ni,..bilik Abam Mat diberi nafas baru sikit.biar ada semangat nak mulakan persekolahan.kasik meja ngadap tingkap pulak.




 cik adik yang ni tengah sebuk belajar sembahyang..
setiap kali dia nampak teman pakai telekung,..dia pon sama nak solat.
tapi itulah,..satu rakaat aje dia solat.lepas siap dia pon blah..
part tak boleh tahan bila tengok mulut dia pon terkumat-kamit baca surah..


itu ajelah sedikit sebanyak cerita nak kongsi. teman tau teman masih berhutang cerita pasal rumah.nanti eh, ada masalah sikit dalam nak dapat approval reveal pasal rumah.masih dalam proses nak dapatkan kelulusan.insyaAllah,..last sekali,...amikla sekeping nih..



gambar spontan abes kami yang dikandid oleh ayah.ingatkan dia memain kata nak amik gambar,...sekali dia btol-btol amik! ohh,nampak tak dari sapa anak-anak dapat perangai suka posing depan kamera? tuu,..sifu dia ada kat situ.hahahahahaha



Dec 7, 2014

Ahmad & Konvo PASTI





Kalo dah namanya emak-emak....
tetapppp jugak nak buat rekod atau catatan pasal anak sendiri...
yelah,..tak kisahla ada anak sorang ataupon berbelas,
kalau boleh,setiap kejadian penting dalam hidup anak dia tu,..mesti ada rekod serba sikit untuk kenangan.
dan tak terkecualilah pada diri teman..



Alhamdulillah, Abam Mat dah pon menamatkan zaman tadikanya. 3 tahun menimba ilmu bersama PASTI. kalau ingat-ingat balik kenangan memula daftar PASTI 3 tahun lepas memang boleh buat drama! Drama peluk lutut ayah sebab takmo kene tinggal kat sekolah..drama menangis sampai tertido atas sejadah sebelah cikgu lepas tu siap pakej ponteng sekolah seminggu sebab demam terkejut masuk sekolah..tak masuk lagi drama umie temankan sesama pegi sekolah smpai nak naik hafallah lagu harian diaorg selama 3 minggu...ohhhh Abam Mat!!!


Abam Mat merasa naik pentas 2 kali malam tu. Alhamdulillah.



Part ni naik pentas untuk 1st round. Ni versi hadiah kecemerlangan untuk nombor 1 - 3 dalam kelas kategori 6 tahun setiap PASTI kawasan Taiping.





 Yang ni 2nd round. Acara amik scroll sempena tanda dah tamat belajar di PASTI, Disebabkan antara kengkawan dia,..nama dia yang mula dengan huruf A,...jadi Abam Mat dululah naik mencemar duli pegang scroll.gigih tau umie mencelah di antara mak bapak lain yang dah ready amik posisi memasing nak amik gambar anak diaorg. Time nih toksah cakaplah cemana perasaan teman.alangkan time berdiri nyanyi lagu Negaraku & Perak Darul Ridzuan pon bergenang air mata,Inikan pulak tengok anak sendiri pakai jubah,topi bagai naik pentas amik scroll ala-ala ijazah. Terasa sangat masa 6 tahun berlalu cepat sangat..




Apasal gambar gegar? sila ajukan soklan anda pada jejaka baju purple itu.beliaulah yang memegang kamera.teman bizi peluk 2 hero tu haa supaya duduk diam.kemain payah nau nak boleh amik gambar keluarga sekeping. oh lupa! abaikan juga gambar ala-ala warna kundang,....majlis kali ni dibuat waktu malam.jadi,mencari arah pencahayaan adalah sangat menyedihkan.





 Inilah kengkawan Abam Mat.tahun lepas ramai lagi geng-geng kelas dia tapi tahun ni dah berkurang jadi 13 orang aje sebab ramai dapat tawaran masuk pra-sekolah.abaikan senyuman Abam Mat tu.bila ditanya....
" kenapa Ahmad senyum macam tu? senyumlah betul-betul"
"Ahmad tak boleh senyum sebab Ahmad takde gigi!"



 Sapa nak sangka kemain segak lagik anak bujang ni menamatkan sesi tadika. Siap pakai topi segitiga,ko! Umie tadika dulu takde pon majlis graduate gini,nak..Dulu salam cium tangan dengan cikgu tadika aje.




Yang ni pulak hari penyampaian hadiah versi kat sekolah.yang mana semua pelajar akan dapat hadiah terutama yang berumur 6 tahun.untuk meraikan pelajar 6 tahun yang bakal menamatkan persekolahan mereka,...diaorg ajelah yang buat persembahan.



Sebenarnya,diaorg semua ni berdiri untuk persembahan ayat hafazan.terkejut sangat bila mendengar anak-anak ni lancar menghafaz surah Al-Mulk dari ayat 1 hingga ayat 21. Umie sendiri pon terkial-kial nak menghafaznya.





Yang ni pulak kalo tak salah teman,...diaorg nyanyi lagu nasyid masa diaorg masuk pertandingan Qalam Jamai'e pertengahan tahun haritu.tapi,PASTI Abam Mat kalah.tak sempat masuk final pon.





Dan beserta gambar paling hensem! hahahahaha. pertama kalinya teman terpaksa keluar dari tempat persembunyian sebab nak kene sampaikan hadiah untuk Abam Mat.nak suruh ayahnya keluar sampaikan hadiah,..ayah pulak takde.tau ajelah kalau majlis buat hari kerja,..memang ayah tak dapat join.maka,dalam segan senyum tu berjaya jugak teman bagi posing paling hensem.hahahahaha... Bila duduk semula,..tengok-tengok....Adam dah pon selamat memandikan henpone teman dengan air masak dalam botol dia..hadeiiiiii! tak pepasal pulak balik rumah lepas habis majlis tu kene jemur henpone, 3 hari jugaklah henpone tu macam mintak nyawa je!



Nov 9, 2014

Kami dan kami...









Rindu kami?
Kami baik-baik aje..
masih lagi mengekalkan konsep sakat-menyakat..
konsep berebutkan remote tv,berebutkan channel tv..
masih lagi berebut seat depan sebelah umie dalam TAH..
cuma bila naik kereta ayah aje kami tak boleh rebut seat sebelah ayah..


Maaflah umie tu dah lama tak menulis...
kata umie,...semangat menulis masih ada tapi...
ada masalah sampingan lain yang menyebabkan umie berhenti seketika membebel kat sini...
ada jugak kami dengar ura-ura umie nak privatekan blog ni..
cuma tak pasti samada keputusan umie tu dah finalise atau belum...


Rindu umie?
umie masih macam dulu...
happy-happy...bebel-bebel...masih lagi dengan konsep gelak sentiasa...
sedih pon gelak...happy pon gelak jugak..tengah marah pon umie boleh gelak kalo kene cara amik hati dia...
serta dia masih lagi setia dengan teh ais dia..cuma sekarang teh ais umie tu dah susah nak bertahan lama dalam peti ais sebab....
kami suka teh ais jugak!!!




Sep 30, 2014

Dobot








Dukacita dimaklumkan,.. makcik dobot tidak lagi bersama kami.
bukan disebabkan kematian...bukan jugak disebabkan kes lari dari rumah...
sebaliknya,...beliau telah di"kidnap" oleh orang yang tidak bertanggungjawab!!



Last sekali teman peluk dobot hari Ahad tengahari ( 7/11)..
lepas tu tak jumpa lansung dah...
2-3 hari memula tu masih mampu mengawal diri..
positif yang makcik dobot cuma jenjalan jauh sikit cari kengkawan baru..
masuk hari ke-4,...dah tak boleh tahan lagi...
seharian mengalir air mata...
macam ternampak-nampak aje makcik dobot tunggu kat tepi tiang porch.



setelah dirisik-risik dari berita setempat...
barulah kami tau yang kebelakangan ni memang tengah giat kegiatan "kidnap" kucing terutama yang jenis berbulu lebat..
masalahnya,..makcik diva teman tu dah berumur..
bukan lagi dalam masa nak menggatal,melompat-lompat..
dia lebih suka rileks,..berehat..jalan2 makan angin...



minggu pertama kehilangan dobot,...
tak dinafikan teman sasau!!
bukak peti ais nampak makanan peket dia,..bergenang air mata.
terasa sangat rinduuuu bau dobot.
bila bentang sejadah,ternampak-nampak dia dok main renda sejadah tu.
Allah,...sakitnya dada ni.
macam tu sekali rasa sayangnya kita pada binatang..
cemana lah manusia sekarang boleh sesedap aje buang anak sendiri..


masuk minggu kedua kehilangan dia....
teman dah dapat mengawal diri..
walaupon kadang-kadang masih lagi berharap akan nampak makcik dobot muncul kat tepi tiang porch...






dia sentiasa dekat dalam hati teman....

May 27, 2014

Excited sangat!


Abang ini mencipta sejarah sendiri dengan melanggar secara reverse dinding porch rumah barunya yang belom pon beliau diami! Turun aje dari kereta gajah beliau,speechless sambil membelek dinding dan kereta gajahnya.demi mencover ke'cuak'an beliau dihadapan isteri tercinta...terus ajak seisi keluarga menemani beliau pegi kedai hardware.nak cari plaster dinding demi menampal semula kecacatan yang telah beliau lakukan.petang tu jugak kerosakan berjaya dipulihkan tanpa dapat dikesan kecacatan tadi dengan mata kasar. Tahniah bang sebab dah rasmikan rumah baru abang dengan cara yang sangat ohsem.abang memang terbaekk! (^/\^)

posted from Bloggeroid

May 5, 2014

Rindu!




Hati tu rindu nak menulis...
tapi, schedule pagi selalunya "ketat"...
tapi..masih jugak rasa-rasa gaban boleh lari-lari taip sebaris dua ayat demi menghilangkan rasa gian nak menulis....
maka,.......nahh





sambil masak...sambil lari-lari menulis..
angkutla segala bagai turun ke dapur..
sejak-sejak dah upgrade pc gabak kepada cik Asus ni..
bolehla buat macam ni..tu pon jenuh bawak lari ke sana ke mari cik Asus ni sebab....





tangan karipap cik adik ni asyiklah nak menggapai..
risau pulak kang kot terlepas pandang..
mau berderai cik Asus tu..
baru btol menangih 7 hari 8 malam tak sudah-sudah...
tengokla tu...elok-elok kerusi tu tadi ada kat dapur supaya boleh duduk sekejap sambil menulis..
dah diangkutnya kerusi tu buat jadi "walker" dia berlatih berjalan lelaju...



Actually bukan teman aje yang rindu nak menulis....
tapi rindu jugak pada kawan-kawan yang rajin datang menjengah...
yang masih lagi tinggalkan komen bagitau suh menulis balik walaupon setakat seploh patah kata!
hahahaha...ok,korang memang kelakar..
mementangla bahagian komen blog teman ni kene dapat approval dulu baru boleh komen tu dipublish.. kemain lagik korang mencurah rasa ye.siap ada p/s bagitau jangan publish komen dia.hahahaha....sape tu?sape tu? well...u know who u are :D


tq so much pada yang masih terkenang-kenang akan teman....

betullah kata orang....
setiap apa yang kita tulis...cara pengolahan ayatnya..
ketulusan olahan ayat yang kita karang..keperihatinan kita dalam menjaga aib/air muka orang lain..
memang akan meninggalkan kesan pada pembacanya..
baik samada ayat itu diolah dengan cara yang baik atau sebaliknya....
sebegitulah juga kita mengenang penulisnya..


alhamdulillah,...terima kasih sebab masih mengingati teman walaupon sebenarnya kebanyakan cerita-cerita dalam blog ni semuanya berkisarkan kami sahaja....
anggaplah permulaan entry ni sebagai pembakar semangat teman untuk kembali aktif menulis seperti dulu...


syukur,..sepanjang tempoh lebih kurang sebulan bercuti mengarang...
banyak perkara tertunda & masalah berbangkit yang berjaya kami tempuhi..
mula-mula rasa tak tertanggung bahu...stress..
tapi kesabaran tu memang berbaloi...redha..
syukur diakhir perjalan masalah itu,..DIA permudahkan semua yang permulaannya tadi rasa mustahil..
dari rasa kelat untuk mengukir senyum..kini kami mampu menghulur senyuman lega...
syukur..syukur...syukur...


insyaAllah,..sampai masanya nanti teman tunjukkan progress terkini "impian" hati kami ya...
salam sayang buat semua yang merindui celoteh teman....





Mar 11, 2014

Titipan hati buat kalian




Kehilangan...


Kebelakangan ini...
teman seakan kehilangan dorongan untuk menulis blog..
minat menulis tu masih ada cuma..keghairahan menulis itu seakan menjauh..
kecewa dengan diri sendiri bila memandang blog sepi tanpa sebarang entry baru..
luluh rasa hati bila melihat keghairahan menulis itu seakan merajuk..
sekali sekala menyoal kepada diri sendiri...ke mana hilangnya minat nan satu ini...



Setelah berfikir..dan berfikir..menimbang baik buruk tindakan yang bakal teman buat...
akhirnya...teman telah mengambil keputusan..
berehat seketika dari menulis blog...
berehat seketika dari menulis diari diri...
berehat seketika dari berceloteh pelbagai perkara mengenai diri & keluarga...



Cik abang bertanya..kenapa mahu berhenti dari melakukan sesuatu yang teman suka?
adakah komen sesiapa yang membuatkan teman bertindak sebegini?
oh suami....terima kasih atas keperihatinanmu...
tidak ada yang mendesak..
malahan tidak juga ada komen liar & tajam yang mengasak pemikiran...
cuma....kekangan waktu..
terasa tidak cukup tempoh 24 jam sehari dalam melunaskan tanggungjawab sebagai seorang ibu kepada 2 anak bujang yang sedang membesar & mahukan sepenuh perhatian..tanggungjawab sebagai seorang isteri dalam memenuhi & menyiapkan keperluan suami..serta tanggungjawab kepada diri sendiri dalam mengatasi segala macam tahap turun naik emosi dalam kehidupan seharian..
lelah!! sungguh teman lelah! jika dulu,kelelahan ini terubat bila kala menulis blog..
tapi kini....nak punya waktu mengadap laptop pon payah!
kelelahan kini lebih terubat bila kala dapat duduk santai seketika walaupon ketika itu bersantai sambil memakai mask muka!



teringat dulu di awal waktu teman mula berblogging..
tahun 2010..ketika itu Abam Mat baru berumur 2 tahun..
dan teman memulakan aktiviti menulis ini sekadar mengisi masa lapang...
ketika itu rasanya..teman punya sangat banyak masa lapang!
dan dari situlah mulanya semangat...keghairahan menulis aktivit setiap hari...



Alhamdulillah syukur juga..sepanjang 4 tahun teman berblogging...
tiada komen negatif juga haters yang tersembunyi atau haters yang menampilkan diri...
teman sentiasa cuba beringat dalam setiap patah yang teman coretkan...

"fahami juga situasi si pembaca..jauhkan dari menyakiti mereka dalam cara yang kita tak sedar.kadangkala..penulisan/kata-kata seseorang lebih tajam dari sebilah pisau"



Oleh itu,..dengan rasa rendah diri...
sepanjang teman menulis santai disini..
mohon dimaafkan ketelanjuran kata...kelancangan ayat yang teman susun...
mohon dihalalkan setiap kata-kata nasihat yang kita kongsikan bersama disini...
juga mohon dihalalkan setiap tawa riang yang teman kongsikan bersama kalian...



InsyaAllah..punya ruang & waktu...
satu ketika nanti...teman akan kembali menulis...
kembali mengisi, berkongsi gelak & ketawa kalian bersama teman disini..
buat yang sedia menunggu...terima kasih atas sokongan kalian...
walau tak pernah bertemu...budi baik kalian amat teman hargai.


Jika kalian punya ruang & waktu..
dan masih mahu meneruskan ukhwah kita..
carilah teman di facebook... https://www.facebook.com/sparklemaneh
hulurlah salam kenalan anda di pm facebook teman dengan menggunakan nama pena blog kalian..



Mengakhiri entry kali ini...



 kami..



 makcik diva yang tak pernah tenggelam dari ke"glamor"an....




adik & Abam Mat yang setiap hari mencipta pelbagai corak permainan...


beserta...




 progress terkini "impian kami"...




Terima kasih semua atas sokongan & kasih sayang...
moga Allah jualah yang dapat membalas kasih sayang kalian semua..Amin.

Feb 20, 2014

Ceritanya...Tentang impian kami








Ok..ok..cerita ni memang dah banyak kali tunda entrynya.berjanji dah banyak kali tapi berceritanya idak jugak!!!! cemana nak publish entry kalo ceritanya perenggan pertama pon tak abes tulis.?..ini la baru btol-btol berkesempatan nak menulis.adik tak berapa sehat arini.nak kata sakit mata,..xde pulak matanya merah tapi dah 2 hari bangun tido dua belah mata bersememeh banyak dengan taik mata.dan pagi ni baru ada rasa dedar sikit badannya.jadi,..ayah kasih cuti rehat masak untuk umie dengan syarat tolong tapaukan koeyteow kerang untuk dia.itu adalah sangat senang! hahahahahaha ok,tengok..intro aje dah jauh merepeknyaaaaaa..





Entry ni berkisahkan impian kami.bukan bertujuan membangga diri atau menunjuk-nunjuk.kalo rasa time anda nak baca entry ni tetiba terdetik dalam hati perasaan bahawa kami ini ingin menunjuk-nunjuk,sila klik icon "X" dihujung sebelah kanan pc anda.blog teman ni berkisahkan keluarga,kisah suka duka kami.tiada maksud lain.mekasihh..






Alhamdulillah, pada bulan Oktober 2013, Allah murahkan rezeki kami dengan limpahan rezekiNYA yang kami tunggu-tunggu. walaupon banyak rintangan,dugaan yang kami hadapi selama merealisasikan impian kami ni.. jatuh bangun..ntah berapa kali turun naik bangunan MPT...tak termasuk kali ntah berapa kali pinda design sebab tak memenuhi kehendak & lakaran kami....akhirnya.segala penat lelah kami dibayar..., syukurr!!






 terasa sangat legend bila tengok nama sendiri cik abg terpampang kat kain gini...kemain gile gelemer!





Tapak rumah comel kami. bulan 10 aritu dah bermula proses membinanya.insyaAllah,kalo takde apa-apa masalah pertengahan tahun ni dijangka siap.jauh lagi masanya.banyak lagi progress keje yang masih berjalan.rasanya,inilah pertama kali teman reveal pasal hal rumah secara terbuka.dalam instagram ada jugak update sikit-sikit especially progress keje.sebagai kenangan kami.










Inilah pemandangan mula-mula sekali yang kontraktor buat.sesi ukur-ukur.teman memang awal-awal dah serender bab ni sebab tak reti.aaaa.....yang baju putih tu bukan kontraktor ye.sebaliknya ketua kepada konraktor merangkap empunye rumah.cik abg tu memang banyak abeskan masa kat site..(perghhh..ayat bajet macam engineer!!!) hahahahaha... tapi memang betul pon.semua progress keje kontraktor dia selia sendiri.hari-hari datang tengok tapak rumah.kalo setakat datang tengok tapak rumah lenggang-lenggang tu konsider ok lagi..ni,siap bawak pelan rumah hoke!! Sebenarnya, pembinaan rumah ni banyak memberi makna & kepuasan pada kami. seronok rasanya bila tengok progress rumah tu dibuat satu persatu & berjalan seperti yang dirancang.pekerja & kontraktor jugak bagi kerjasama yang sangat baik pada respon kami & teguran kami.itu adalah satu bonus hoke! ada sesetengah kontraktor tak suka bila tuan rumah cerewet & banyak bagi "tunjuk ajar" pada si kontraktor.even kontraktor kami cina tapi sangat sempoi! dan rasa lebih bermakna bila....









lakaran asal pelan rumah kami adalah hasil idea & kreativiti incik asben sebelum di hantar kepada pelukis pelan yang sebenar..dia yang banyak abeskan masa belek buku-buku berkaitan rumah semua nih.gigih hari-hari pegi keje usung drawing block semua tu.tak termasuk lagi ntah macam-macam pembaris,pita ukur.... dia jugak yang selalu mengadap muka pelukis pelan bila ada design yang dia tak berkenan. teman memang tak berapa amik port part ni.even macam tu,bukan bermaksud lepas tangan.setiap amendment yang dibuat,..of cos cik abg tu akan amik gambar & tunjuk dengan teman.lepas tu kita sama-sama study balik & cari outcome untuk resolve perkara tu.memang berbaloi rasanya usaha dia selama ni.  I'm pround with u,yang!!!








Puan yang tak berapa besarr datang melawat tapak projek.hahahahaha..selalu sangat culas datang tengok tapak projek.bukan malasss tapi....kalo follow cik abg tu tengok progress rumah,..koman-koman sekali lawatan cecah setengah jam.ohhhhh,..tak berapa sanggup sambil nak berdiri dukung Adam. cair lemak den!!





Antara gambar-gambar progress keje yang ada dalam simpanan teman yang teman wassap dari henpone cik abg tu.tak boleh reveal semua.sikit-sikit bolehla :D




















kontraktor tu amik inisiatif letakkan batu sungai bawah lantai.selain dari boleh bantu lantai lebih sejuk,tujuan lainnya untuk mengelakkan air bertakung di bawah lantai..tu bukan teman yang kata..kontraktor yang kataaa...












Itulah sedikit sebanyak ceritanya.legaaa rasanya sebab dah abes hutang cerita rumah.hutang cerita lain tu...sabar-sabar ye. InsyaAllah,mohon kengkawan sesama doakan moga semua urusan ni berjalan lancar. Amin.

Feb 16, 2014

Perasaan..


Selesema. Bukan yang tengah terbaring tido ni yang selesema. Sebaliknya,umie dia yang tengah selesema. Jumaat pagi lagi dah bermula sesi bersin-bersin membawak ke harini. Suara? Ohh...seksi abes. Sengau u!! Jadi,perasaan saya adalah sangat lemau disamping harus memangku anakanda yang tido ni sepanjang perjalanam t.intan-taiping sbb abam mat dah konker seat belakang.tido secara berlunjur dengan senang hati.

posted from Bloggeroid

Feb 9, 2014

Lupa

                                                                                                                                                                                                          Baru nak masuk 3 minggu tak tulis blog,dah nyaris2 nak lupa password blog.itu adalah kelakar! Ntah hape yang teman semakkan dalam kepala ni pon teman tak berapa sure.hehehe... sebenarnya,adalah satu benda yang teman nak kongsikan.insyaAllah,dalam entry esok ye.akan cuba sedaya upaya draf entry malam ni selepas Adam tido.payah nak ngadap si Merah bila Adam jaga.dia sama sibuk nak lepuk2 si Merah tu.daripada teman stress nak berlawan tangan dengan dia,baikle tunggu dia tido dulu walaupon tau setiap malam dia tido almost pukul 10 malam.tunggu esok ye berita gembira tu,insyaAllah.                                                                                                                              
  adik beradik yang semakin hari makin lasak!! "mengemas" aje keje budak 2 orang ni.                                                                                        
posted from Bloggeroid

Jan 23, 2014

Time off

                                                                                                                amboiiii....makan angin petang nampak dua orang ni..makan angin atau makan penyepit kain,dik?                                                                                                                                                                                                                

                                                                                                                                                      Kalo dengan umie,memang tak dapatla lepak-lepak kat porch keter gini.kat umah atok,umie tak boleh buat apa sebab dia dapat 'lesen besarrr'.silalah buat wayang kulit dengan atok ye.biar umie lelap kejap.asal balik umah opah kamu ni,..keje umie asyik nak makan dengan tidooo aje. Oh ye,Abam Mat 'cuti' skolah 2 hari ni.guru besar ayah yang luluskan.hehehe.                  
posted from Bloggeroid

Jan 20, 2014

Meneruskan kehidupan





3 minggu ni..merupakan minggu stress kami..
sangat stress yang mana mengocak sedikit limit kesabaran yang kami ada...
tapi..kami masih cuba untuk tersenyum walau pahit rasanya...
masih cuba bergelak ketawa walau sumbang bunyiknya..
mujur..dalam kepayahan ini..."sesuatu" yang kami nantikan berjalan lancar..
"sesuatu" itu..insyaAllah,dalam tempoh terdekat akan teman kongsikan dengan kawan-kawan..
biarlah rahsia dulu untuk seketika....
jadi,..walau dalam kepahitan kami masih boleh menghumbus nafas lega....moga perjalanan "sesuatu" itu berjalan lancar hendaknya..Amin
bila stress macam ni,..rasa bersyukur sangat sebab kami masih punya cara untuk meringankan rasa stress tu..
cara mudah yang tak memerlukan $,tak perlu melalui tol,tak memerlukan belanja untuk makan kerana kami membawa bekal...dan cuma 14km aje dari Taiping.







Kembali semula ke acara menangkap anak ikan.rasanya lama jugak tak buat aktiviti nih.yelah..."berpantang" sebab teman mengandung.sekarang ni petak sawah sedang dikeringkan airnya.boleh nampak juntaian padi semakin menguning....tak lama lagik,..sibuklah empunya petak menuai hasil padinya.







Anak beranak yang gigih dok pindahkan anak ikan.acara menangkap anak ikan seluang.bila pesawah keringkan petak sawah,...semua anak ikan akan masuk ke tali air.jadi,memang boleh nampak banyakkkk sangat anak ikan.senanglah acara menyauknye.










Kalau beli di kedai akuarium...sehengget dapat 10 ekor aje.tu pon saiznya tak stendet.kalo tangkap sendiri,free ajer.tangkaplah banyak mana pon yang kita nak.siap boleh simpan dulu buat stok makanan ikan.oh ye,..ikan-ikan ni ditangkap bukan untuk buat makan.sebaliknya untuk makanan ikan ketutu cik abg teman yang ada tak sampai seploh ekor kat rumah tu ha...oh,jari gebus tu bukan kepunyaan teman sebaliknya kepunyaan anak bujang teman...Abam Mat.










Teman dulu ghajin jugak join aktiviti sauk menyauk ni.takdelah sampai turun masuk tali air..cuma tukang sambut sauk dari tepi tali air ajelah..pada teman aktiviti ni seronok.tak stress dan kita enjoy dalam cara kita sendiri..tapi,kali ni tak dapek la nak tolong sambut jaring sauk tu...









Teman bertugas di tepi kereta aje.risau kang kalo sesama tolong sauk anak ikan, ada pulak anak orang yang berenang-renang sama dalam tali air.satu keje pulakkk..elok-elok datang pakai baju,..balik kang ada pulak yang bogel ajer.kalo setakat anaknye aje tak berbaju tak ngape jugak.ni kalo maknye sekali tak berbaju,..masakk!! hahahahah...cik adik ni tengah sakan nak berdiri.mana yang dia boleh paut,..semua dia layan.tengoklah kaki karipap dia tuu..hari-hari kene gigit dengan teman.








Hahahahah..jangan jeles dengan ketembunan pipi kami.ginilah kekdahnya bila 3x sehari makan nasi + eksesais takat skipping aje.pipi adik tu takpe.lagik tembun,lagi teman suka.biar terbenam hidung bila cium pipi dia.nampak tak pemandangan kat belakang tu?...haa,sila jangan jeles.saya bangga dapat menetap di daerah yang ohsem dengan pemandangan.Taiping most wanted yaw!














" Disebalik keramahan & sikap mesranya..tersimpan jauh di sudut hatinya seribu satu kesedihan.Dengan kepayahan, dia membina benteng emosinya agar kepiluan itu tak terukir diwajah".



bila sekali sekala budak medic buat quote gini dalam instagram dia buh gambo teman hitam-putih,..tetiba rasa tacing sangat..