Ahli Kelab Kad !!

Showing posts with label afif. Show all posts
Showing posts with label afif. Show all posts

Dec 20, 2014

Aktiviti cuti sekolah




Takde aktiviti yang lebih best time cuti sekolah nih selain daripada diaorg nih mendera teman!
terdera perasaan..tenaga..emosi..termasuk jugak terdera lemak tepu! hahahahaha
time cuti sekolah ni,toksah haraplah boleh selesai siap semua keje rumah dengan cepat.
kita akan repeat proses yang sama ntah berapa kali sehari!
ini termasuk sesi menyapu..mengemas...kutip baju kotor...membebel...jadi separuh tarzan...
dalam cuti sekolah jugaklah teman boleh ada pembantu sampingan yang sangat-sangat 'membantu'!
tak bagi tolong kang..katanya kita ni takmo dia tolong..
dibagi keje suruh buat,...bergaduh aje penyudahnya 2 orang tu..



 setiap kali mengemas ruang tamu atas,..
sesi bergaduhkan vacuum adalah acara wajib!
dan selalunya juara acara ni adalah seperti gambar di atas..




 yang ni pulak acara kemas ruang tamu bawah...
tak boleh bagi satu aje kain lap..kene adilll



 rare betul skill gini!
umie pon tak pernah try lagik,dik!



satu benda yang kene banyak-banyak redha bila lantai rumah kaler putih..
mata ni sensentap sangat even nampak rambut selai..
titis air milo?..huh,tu dah serupa lantai kene demam campak..








tiada aktiviti yang lebih best selain main masak-masak batu & rumput guna kuali dan sudip umie.
mula-mula masak kemain bekerjasama..
penghujung sesi masak kang ada yang bergaduh sudip..bergaduh batu..penyudahnya teroyak!!!





disebabkan cuti sekolah, jadi ada la banyak sikit masa lapang...
kebetulan pulak aritu cik abg tu bercuti 2 hari..
maka,..kami bergotong royong buat tempat nak taman pokok bunga..
tak payah sesusah upah orang..sendiri kuli,sendiri bos.hahahaha










 gigih tu sesama sodok pasir, bancuh simen..ketuk batu bagi terbelah cantik-cantik..dan kos yang kami keluarkan adalah zero! ada cerita sebenarnya pasal batu nih..
masa memula beli pasir untuk tambak tanah nak buat rumah dulu, taukey cina tu tersilap hantar 2 lori batu ke tanah kami.dan kebetulan pulak batu-batu tu besar-besar tapi bercorak elok..malah,bila kita ketuk batu tu,dia boleh terbelah dengan cantik.maka,kitaorg kumpul simpan kat belakang rumah.simen pulak ada lebihan masa kontraktor buat rumah dulu.pasir pulak kami amik dari depan rumah aje.kebetulan ada jentolak dok kaut pasir dari tanah depan sebab nak buat longkang.jadi keseluruhannya kami hanya mengeluarkan modal penuh kami sahaja.
2 hari jugaklah sakit belakang sebab sakan sangat dok usung kereta tolak,dok gigih sodok pasir..hahahaha tapi seriusly seronok!



 setelah sebulan bercuti penuh dari tengok buku,...Abam Mat kembali ke pangkuan bukunya. ujung bulan ni orientasi masuk sekolah.dengar-dengar cerita pihak sekolah ada buat penilaian untuk tahu tahap prestasi murid.tentera yang berdiri dibelakang Abam Mat tu baru pandai membebel. asyik membebel aje kejenye.sepatah habuk pon tak paham tapi teman iyekan aje..




sempena nak masuk sesi persekolahan ni,..bilik Abam Mat diberi nafas baru sikit.biar ada semangat nak mulakan persekolahan.kasik meja ngadap tingkap pulak.




 cik adik yang ni tengah sebuk belajar sembahyang..
setiap kali dia nampak teman pakai telekung,..dia pon sama nak solat.
tapi itulah,..satu rakaat aje dia solat.lepas siap dia pon blah..
part tak boleh tahan bila tengok mulut dia pon terkumat-kamit baca surah..


itu ajelah sedikit sebanyak cerita nak kongsi. teman tau teman masih berhutang cerita pasal rumah.nanti eh, ada masalah sikit dalam nak dapat approval reveal pasal rumah.masih dalam proses nak dapatkan kelulusan.insyaAllah,..last sekali,...amikla sekeping nih..



gambar spontan abes kami yang dikandid oleh ayah.ingatkan dia memain kata nak amik gambar,...sekali dia btol-btol amik! ohh,nampak tak dari sapa anak-anak dapat perangai suka posing depan kamera? tuu,..sifu dia ada kat situ.hahahahahaha



Dec 7, 2014

Ahmad & Konvo PASTI





Kalo dah namanya emak-emak....
tetapppp jugak nak buat rekod atau catatan pasal anak sendiri...
yelah,..tak kisahla ada anak sorang ataupon berbelas,
kalau boleh,setiap kejadian penting dalam hidup anak dia tu,..mesti ada rekod serba sikit untuk kenangan.
dan tak terkecualilah pada diri teman..



Alhamdulillah, Abam Mat dah pon menamatkan zaman tadikanya. 3 tahun menimba ilmu bersama PASTI. kalau ingat-ingat balik kenangan memula daftar PASTI 3 tahun lepas memang boleh buat drama! Drama peluk lutut ayah sebab takmo kene tinggal kat sekolah..drama menangis sampai tertido atas sejadah sebelah cikgu lepas tu siap pakej ponteng sekolah seminggu sebab demam terkejut masuk sekolah..tak masuk lagi drama umie temankan sesama pegi sekolah smpai nak naik hafallah lagu harian diaorg selama 3 minggu...ohhhh Abam Mat!!!


Abam Mat merasa naik pentas 2 kali malam tu. Alhamdulillah.



Part ni naik pentas untuk 1st round. Ni versi hadiah kecemerlangan untuk nombor 1 - 3 dalam kelas kategori 6 tahun setiap PASTI kawasan Taiping.





 Yang ni 2nd round. Acara amik scroll sempena tanda dah tamat belajar di PASTI, Disebabkan antara kengkawan dia,..nama dia yang mula dengan huruf A,...jadi Abam Mat dululah naik mencemar duli pegang scroll.gigih tau umie mencelah di antara mak bapak lain yang dah ready amik posisi memasing nak amik gambar anak diaorg. Time nih toksah cakaplah cemana perasaan teman.alangkan time berdiri nyanyi lagu Negaraku & Perak Darul Ridzuan pon bergenang air mata,Inikan pulak tengok anak sendiri pakai jubah,topi bagai naik pentas amik scroll ala-ala ijazah. Terasa sangat masa 6 tahun berlalu cepat sangat..




Apasal gambar gegar? sila ajukan soklan anda pada jejaka baju purple itu.beliaulah yang memegang kamera.teman bizi peluk 2 hero tu haa supaya duduk diam.kemain payah nau nak boleh amik gambar keluarga sekeping. oh lupa! abaikan juga gambar ala-ala warna kundang,....majlis kali ni dibuat waktu malam.jadi,mencari arah pencahayaan adalah sangat menyedihkan.





 Inilah kengkawan Abam Mat.tahun lepas ramai lagi geng-geng kelas dia tapi tahun ni dah berkurang jadi 13 orang aje sebab ramai dapat tawaran masuk pra-sekolah.abaikan senyuman Abam Mat tu.bila ditanya....
" kenapa Ahmad senyum macam tu? senyumlah betul-betul"
"Ahmad tak boleh senyum sebab Ahmad takde gigi!"



 Sapa nak sangka kemain segak lagik anak bujang ni menamatkan sesi tadika. Siap pakai topi segitiga,ko! Umie tadika dulu takde pon majlis graduate gini,nak..Dulu salam cium tangan dengan cikgu tadika aje.




Yang ni pulak hari penyampaian hadiah versi kat sekolah.yang mana semua pelajar akan dapat hadiah terutama yang berumur 6 tahun.untuk meraikan pelajar 6 tahun yang bakal menamatkan persekolahan mereka,...diaorg ajelah yang buat persembahan.



Sebenarnya,diaorg semua ni berdiri untuk persembahan ayat hafazan.terkejut sangat bila mendengar anak-anak ni lancar menghafaz surah Al-Mulk dari ayat 1 hingga ayat 21. Umie sendiri pon terkial-kial nak menghafaznya.





Yang ni pulak kalo tak salah teman,...diaorg nyanyi lagu nasyid masa diaorg masuk pertandingan Qalam Jamai'e pertengahan tahun haritu.tapi,PASTI Abam Mat kalah.tak sempat masuk final pon.





Dan beserta gambar paling hensem! hahahahaha. pertama kalinya teman terpaksa keluar dari tempat persembunyian sebab nak kene sampaikan hadiah untuk Abam Mat.nak suruh ayahnya keluar sampaikan hadiah,..ayah pulak takde.tau ajelah kalau majlis buat hari kerja,..memang ayah tak dapat join.maka,dalam segan senyum tu berjaya jugak teman bagi posing paling hensem.hahahahaha... Bila duduk semula,..tengok-tengok....Adam dah pon selamat memandikan henpone teman dengan air masak dalam botol dia..hadeiiiiii! tak pepasal pulak balik rumah lepas habis majlis tu kene jemur henpone, 3 hari jugaklah henpone tu macam mintak nyawa je!



Nov 9, 2014

Kami dan kami...









Rindu kami?
Kami baik-baik aje..
masih lagi mengekalkan konsep sakat-menyakat..
konsep berebutkan remote tv,berebutkan channel tv..
masih lagi berebut seat depan sebelah umie dalam TAH..
cuma bila naik kereta ayah aje kami tak boleh rebut seat sebelah ayah..


Maaflah umie tu dah lama tak menulis...
kata umie,...semangat menulis masih ada tapi...
ada masalah sampingan lain yang menyebabkan umie berhenti seketika membebel kat sini...
ada jugak kami dengar ura-ura umie nak privatekan blog ni..
cuma tak pasti samada keputusan umie tu dah finalise atau belum...


Rindu umie?
umie masih macam dulu...
happy-happy...bebel-bebel...masih lagi dengan konsep gelak sentiasa...
sedih pon gelak...happy pon gelak jugak..tengah marah pon umie boleh gelak kalo kene cara amik hati dia...
serta dia masih lagi setia dengan teh ais dia..cuma sekarang teh ais umie tu dah susah nak bertahan lama dalam peti ais sebab....
kami suka teh ais jugak!!!




Jan 8, 2014

WordLESS Wednesday




Lamaaaaa sangat rasanya tak update entry WordLESS Wednesday versi teman..muahahahahaha.tetiba arini rasa nak update.









Jadual gambar jam tu dah bertampal since mula cuti sekolah aritu.sebab musabab utama ditampal...seawal pukul 8.30pg Abam dah mintak naik main beskal. dahla teman ni bergelut nak masak..gelut dengan adik lagi..dengan Abam yang asyik mengekor teman tanya bila boleh main..maka,denan adanya jam besar ciptaan umie tu,..ada la diam sikit Abam..jadual mengaji Iqra tu baru tampal awal tahun aritu.kali ni,takde mengaji dengan cikgu sekolah.sebaliknya teman hantar Abam mengaji dengan ustazah Opah Mah :)









Wad kelas 1.pesakit semua dah mandi dan "katil" pesakit juga telah dikemas.adik masa lagik dalam tempoh demam manja-manja.demam gigi nak tumbuh.gigi atas adik yang pertama dalam proses nak memunculkan diri.jadi,..2 ke 3 hari ni memang huru hara..tak boleh ditinggalkan sekejap pon.menangih mengalahkan cedera parah jatuh beskal! Abam pulak tak pegi sekolah arini.semalam balik sekolah dah demam.rupanya berjangkit beguk dengan kawan sekolah.maka,berkuarantinlah Abam dalam sepital umie.koman-koman mau seminggu ni tak ke sekolah.mujurlah buku sekolah pon blom dapat lagik.jadi,takdelah umie rasa bersalah sangat kamu tak pegi skolah.ehh,..apasal pulak umie yang lebih rasa bersalah?? hahahahaha



See......WW versi teman.dah serupa entry penuh!!

Jan 3, 2014

Welcome back to school 2014



Alhamdulillah,syukur dengan izinNYA kita semua masih bernafas lagi hingga ke hari ini.maaflah lambat publish entry tahun barunya.semalam lagik sepatutnya nak publish entry ni tapi...ada pulak kes lain yang jadi.ginilah kekdahnya kalo nak berkarya sambil ada 2nd director duduk kat sebelah.tak perasan apa punat yang ditekan dek Adam,..tau-tau hilang dah semua cerita yang udah teman taip semalam.kalo setakat hilang cerita tu aje tak apa lagik..rupa-rupanya ada jugak satu dua entry yang dah di publish dulu turut terdelete termasuklah entry pasal Abam Mat konvo aritu.nak nangis kuat-kuat rasanya.uwaaaaa!!!!! seksa hoke! Adik ni lain macam sikit berkepitnya.berenggang lansung takmo.tahan dia duduk dapur berpeluh-peluh jadi bodyguard time umie dia masak.tu blom masuk lagi cerita umie dia tetiba kes emergency nak masuk bilik air.terpaksa jugaklah angkut adik sekali tapi kene tinggal depan muka pintu bilik air ajelah.melalaklah dulu kat situ.umie tak boleh bawak kamu masuk sekali.hilang feel nanti.kihkihkih







Berbalik semula kisah orang masuk sekolah..seawal pukul 6.20pagi lagik adik dah bangun.dialah selalunya yang jadi wakil jam loceng kejutkan teman.alarm hp berbunyik,dia pon celik.orang yang sepatutnya bangun nak pegi sekolah rileks aje lagik tido.adik jugak yang lebih dulu mandi dan bersiap dari Abam..maka,tak pepasal..pepagi hari lagi teman dah berlengas menguruskan dua beradik nih & terpaksa mandi sekali lagi.punyalah banyak sangat drama *tak jumpa berus gigilah..air kolam sejuklah* pukul 8.25pagi baru teman berjaya panaskan enjin kereta.mujurlah 2hb tu cuma pendaftaran aje.kalo tak,free ajelah hari pertama mula sekolah dah datang lambat.hahahahahahaha







Tahun ni ayah upgrade suruh Abam pegi sekolah pakai stokin & kasut sekolah.tujuannya supaya Abam boleh biasakan diri pakai kasut pegi sekolah.yelah,tahun depan Abam dah masuk darjah 1.takkan la nak pegi sekolah kebangsaan buat sempoi pakai selipar.gigihla ayah ni carikan kasut sekolah banyak lubang ekon untuk Abam Mat.kalo tak salah rasanya rm11.50 sepasang.hahahaha..nasiblah Abam tak banyak soal.kalo tak,masaklah nak bersoal jawab.Abam Mat dah banyak cakap sekarang ni sampai tak larat nak jawab soklan-soklan cepu emas dia.dalam gambar Abam nampak berisi & besar?? ohh..sepanjang cuti sekolah aktiviti Abam Mat cuma makan..kayuh beskal..makan lagik..kayuh beskal balik & menyakat adik.baju sekolah sendat ttuuu.






Abam Mat masih meneruskan pembelajaran di PASTI untuk tahun ini.teman ada memohon kemasukan pra di sekolah yang telah teman daftarkan untuk darjah 1 nanti tapi malangnya Abam tak layak.yelah,kelas pra cuma ada 1 kelas & menempatkan 25 orang murid sahaja.mesti ada tapisan permohonan kan.takpelah.lagipun setakat ni,teman & cik abg memang sangat berpuas hati dengan prestasi pembelajaran Abam Mat di PASTI.bilangan anak murid dalam satu kelas jugak tak ramai dalam 16 orang murid sahaja.kata cikgunya,senang nak pantau & bagi lebih tumpuan pada pelajar yang ketinggalan.eh,lupa nak tanya.yuran sekolah anak-anak korang macam mana?mahal tak atau pada pandangan korang berpatutan? so far dah masuk tahun ke 3 dengan PASTI,yurannya sangat ok! ramai sangat kengkawan kat pesbuk buh status pasal tak puas hati dengan yuran taska/tadika yang dikenakan.tu tak termasuk yuran transit lagi kan.syukur teman tak payah bayar transit sebab teman sendiri drebarnya.claim aje duit "tol" dengan cik abg.hahahahaha



Abes sesi mendaftar,balik rumah bagi Abam tukar baju.terus pulak pegi melawat Tesco.dah masuk tahun ke 3 belajar kat PASTI tapi gambar sekeping pon tak pernah bagi pada cikgu untuk rekod biodata murid. *nampak sangat pelupanya umie kamu ni* kata cikgu,gambar tu nanti akan ditampal dalam sijil tamat sekolah nanti.jadi,terpaksalah jadi gagah angkut 2 hero ecik ni pegi tesco sendiri.





Seksa lara nak suh Abam Mat tengok kamera.ntah hape yang dia anti sangat dengan kamera tu pon teman tak pasti.malu sangat nak pandang.sampaikan teman terpaksa berdiri tepi Abam supaya dia tak segan sangat.sekejap-sekejap sengetkan badanlah..senget kepala la sampaikan adik yang nak amik gambar tu nak stress.hahahahahaha






At last,..anak bujang teman! kata ayah,.. "nampak sangat tak mesra kamera Ahmad ni"
amboiiii...macamlah yang bercakap tu "MESRA" kamera sangatkan..haahahaahaa. Adik Adam,sila amik banyak-banyak gen umie yang tersangatlah mesra kamera ni ye.dek kerana jadual teman aritu penuh maka,..chef mengisytiharkan dapur ditutup.semua jemaah sila makan proceed ke kedai.



Balik dari tesco terus mandi.baring golek-golek dengan 2 bujangan ni sambil tengok drama Filipina tv3..tau-tau semua dah pengsan.




Abam Mat yang nampak sangat letih.tu blom mula sekolah lagik.tunggu ajelah bila sekolah dah mula & kelas iqra dah mula..mau tetiap hari Abam ni tido petang.




Tido secara berjemaah cuma adik aje yang kene naik penerbangan.bangun dari pukul 6.20pagi..pukul 10pagi dia terlelap 10 minit pehtu pukul 3 ptg baru tido semula.abes dah la tu tenaga diguna pakai.





Letih sangat memasing tapi yang over letih mestilah adik.dah la bangun awal.lepas tu pegi sekolah Abam cuma dapat tengok aje Abam & kengkawan Abam main larik-larik.adik nak join main tapi malangnya had umur tak cukup lagik.kihkihkih.redha ajelah dia berdukung sambil pipinya asyik kene cium dek peminatnya yang ramai.hahahahahah. itu ajelah sikit sebanyak cerita orang masuk sekolah balik.next entry nanti baru teman cerita pasal masalah pc gabaks pulak eh..sadis.




oh lupa,...perasan tak coloum ni pada blog teman.haaa..ni actually projek sebelum pc gabaks masuk workshop aritu.jadi,tergendala projek ni buat seketika.later2 la baru boleh sambung.jadi,jangan pelik je kalo tengok ntah hape-hape yang ada kat dalam tu.under construction.





 status abes jiwang 1 Januari 2014..

Nov 27, 2013

WordLESS Wednesday



minggu pertama cuti sekolah...
umie bagi kebebasan untuk main games sampai lebam...
kepit epad sampai kepams...
sampailah ke tahap....








tido pon sambil mengadap epad...



maka,hari Isnin baru ni...
umie dah tampal pekeliling baru.....









Abam Mat....sila take note ya..



Nov 8, 2013

Surat dari Abam Mat







Umie kata,
adik-beradik kene tolong satu sama lain..
jangan main tendang-tendang..
jangan main tumbuk-tumbuk..
jangan jugak main ketuk-ketuk kepala..
umie kata..itu tak baik.Allah tak suka.
abang nak Allah suka abang tapi,..adik janganlah usik abang.



Abang suka adik..
abang sayang adik..
tapi,..adik suka nangis bila umie pegi dapo..
adik suka nangis bila abang tak bagi pegang epad..
abang bukan takmo kasik adik main tapi..
adik suka sangat closekan game yang abang main!!!



Umie kata lagi..
abang kene selalu tengok adik..
sebab adik kecik lagik..
adik belum tahu bercakap,belum tahu makan sendiri,belum tahu basuh yakyak sendiri..
tapi,.....
abang pon tak berapa pandai basuh yakyak sendiri..
maksudnya,..abang pon kecik lagik kan,umie?



Umie kata lagi..
umie sayang abang & adik..
umie cuma ada anak 2 orang aje..
dua dua umie sayang..dua dua anak umie..
umie dukung adik sebab adik tak pandai berjalan lagik..
umie tak larat dukung abang sebab abang berat sangat..
25kg tu takdelah berat sangatkan,umie?




Abang kesian tengok umie..
hari-hari umie berlari dalam rumah..
dapur ke ruang tamu..patah balik pegi dapur..
kadang-kadang abang tolong umie angkat kain..
kadang-kadang abang tolong umie jagakan api atas dapur..
bila umie kata padam api,..abang boleh tolong pulaskan punat api tu..



Abang tahu,...
walaupon hari-hari umie penat..
hari-hari letih layan perangai abang & adik..
umie tetap luangkan masa tengok abang buat revision..
walaupon time tu mata umie dah suku-suku aje..
abang tak tahu nak bagi hadiah apa pada umie...




 ini hadiah dari abang buat umie..
hari Sabtu ni umie tengok abang naik pentas amik scroll & piala ya..
abang dapat no 2 ..sama macam exam pertengahan tahun dulu.






adik,..abang sayang adik...
lets enjoy our brotherhood moment...





Nov 5, 2013

Cerita Deepavali






Mesti pelik kan tengok time publish entry ni pukul 12 :43 pagi..
betul tu..ini aje masa yang lapang nak ngadap pc..
time siang tak berapa cukup masa lapang nak hadap pc..
banyak acara siang..hahahahaha




Weekend baru ni..kami menerima kunjungan tetamu dari jauh dengan berlapang dada & tangan terbuka..
ipar-duai,MIL serta mak & abah memenuhi undangan kami melepak di Taiping sempena Deepavali..
berehat di Chalet Sri cempaka sambil ber-bbq kambing..bersama menambah kolesterol..
(tak pastilah sapa yang raya sebab kami-kami yang lagik sakan panggang kambing)




Tadak masa pegang kamera bila orang yang selalu amik gambar terpaksa mendukung cik Adam yang buat mogok takmo orang lain dukung..
sakan sungguh buat perangai la anak bujang sorang nih..apa nak suruh muscle lengan umie tambah bouncing ka?





gambaq pinjam google..sib baik la!
Chalet Sri Cempaka,Kg Sempeneh Cempaka,Batu Kurau





Sungguh..tempat ni dalam kampung habaq hang!..tak main-main..betoi best walaupon memula macam nak sesat sebab tak tau jalan..hahahaha..
nasib baik owner chalet En Zul,(017-5432168) baik hati nak bagi tunjuk jalan walaupon line telepon serupa asap..sat ada..sat tadak!
gigih la dok pandang kiri-kanan nak kasik landmark supaya En Zul tau kami duk kat belah mana..
sebab bawak budak kecik mai datang berkelah..kami decide takmau tidoq kat chalet..takat datang mai hari ja..amik bilik besaq yang boleh buh tilam queen 2..tilam single 2..depa cas rm50.ok apa..
nak habaq awai-awai..tempat lagu ni tadak aircond sebab kat situ aircond oksigen free..hahahahah
paling best..owner siap sediakan tempat utk bbq sekali dengan peralatan..habaq ja kat owner nak pinjam..tapi tang makanan tu bawak sendiri la..
tempat ni jugak rupanya bebudak sekolah selalu buat kem..
tak kisahla kem pengakap ka..ranger puteri ka..kem motivasi ka...
owner siap buat tempat utk pacak khemah hangpa tau..ada jugak dewan terbuka..











tak best?..best?..tak best?..best?..
ayaq terjun dia tuuu diaaa sejuk!!...gigil hangpa tau.nak pi tengah ayaq pon pikiaq seploh kali..nak pi kaa...takmo..kalo pi satgi,..takut ketaq trus jadi beku.hahahahahha
tapi sebab pegang budak kecik..takat buleh mandi tepi ja la..hangpa ingat Adam nak kasik umie dia lepas pi masuk dalam ayaq?huurrrmmm..memang tak dapat la..
bukan main suka lagik adik & abg dapat pi mandi sungai..
jerih ajak Abam Mat keluaq dari dalam ayaq..bibir dah ketaq tapi buat keras kepala lagik..
mentang2 la umie takat boleh jegil & kuis2 lengan hang ja..nak cubit satg kang..takut opah & uwan nampak..hahahahaha
alhamdulillah..kawasan air terjun ni masih terpelihara dari pencemaran..
rasanya penduduk kampung tu memang pakat jaga kawasan ni.kawasan lagu ni boleh dijadikan tempat tarikan pelancong cuma jauhh sikit la..





Balik dari berkelah...malamnya dua beradik ni pakat demam..
ahh...sudah.tu la.petang tadik kemain sakan duk dalam ayaq..cakap pon kemain banyak tak berhenti-henti..
menjerit tak abes-abes..kot ye pon hang seronok..tak payahla jadi part-time tarzan kan...
maka,...since 2hb aritu..bermulalah agenda demam secara berduet adik-beradik...






 tak laratla nak tidoq atas..kita tidoq bawah sudah la..
senang nak pi bilik ayaq..nak pi peti ais cari ubat demam..pi minum ayaq..
ni dialah penangan seronok sangat..
yang Abam Mat demam sebab sakan sgt duk dalam ayaq + bercakap banyak sangat..
yang adik pulak demam..tak dapat detect sebab apa..
sampailah umie terperasan kejadian nih semalam...






tu dia....adik oii..
hang nak mula merangkak dah ka?
bukan baru lepaih tumbuh gigi ka aritu?
awat lekaih sangat ni?...






dan macam biasa bila melayan orang demam nih..
kena redha dengan setiap channel yang depa tengok..
walaupon dah cemuih tengok zirapah kaki gajah tu joget dah dekat lapanpuloh kali sehari..
la ni payah sungguh nak buleh amik gambaq Abam Mat sekeping...
tak tau la awat anti-kamera sangat..
sejak-sejak dah "hebat" sangat bercakap ni..kekwat sungguh bila umie hala kamera kat dia..






hat sorang ni pulak..
sat-sat tengok macam kulit dah gelap sikit..
sat-sat tengok macam putih sangat..
bukan putih susu tapi..tak tau la putih apa..
putih-putih melati boleh?
posing mesti mau ala-ala korea..
ambik hang terkenan sebab umie hadap drama korea ja!!




* entry yang kekunonnya nak guna bahasa melayu baku..
menjadi loghat kedah yang lintang-pukang..
tak kisahla habaq ang..




Salam Maal Hijrah buat semua




Nov 1, 2013

kertas exam




Abam Mat keluar dari tadika tengah hari tadik dengan penuh senyuman...
umie cuba mentasirkan senyuman tu dengan try angkat kening sebelah macam ZZ tapi tak berapa menjadi...
apakah maksud senyum anak bujang sorang ni??...blank!!




Pulanglah kami dua beranak dengan menaiki motor...
nampak dah arrow minyak tunjuk E tapi...umie malas nak start enjin kereta..
adik ditinggalkan sekejap di rumah dengan Mama Wa sebab adik ketiduran...
letih gamaknya tolong umie mop lantai tak berhenti-henti...




Masuk rumah....Abam Mat bukak beg & hulurkan sesuatu..
umie yang masih kompius menyambut huluran kertas dari Abam Mat...
melihatkan kertas tersebut..persoalan umie telah terjawab..







deretan kertas exam Abam Mat...
oh ye..nama tu memang Abam Mat tulis sendiri...
pejam mata ajelah tengok tulisan yang dirojakkan huruf besar & huruf kecik...
bila buat semula sesi semak jawapan..umie nak tergelak tengok part nih...








sape ke cikgu tuisyen yang mengajar kamu ni,Mat?
hahahahahahahha...








Alhamdulillah....pencapaian Abam Mat buat umie bangga...
ayah blom tengok lagi kertas exam ni tapi umie pasti ayah juga bangga...
susah payah kita mengulangkaji bersama dah pon kita tuai hasilnya...
takpe walaupon semua subjek tak dapat markah penuh..
umie tau Abam Mat dah berusaha...
umie bangga dengan Abam Mat..






Sebagai menghargai usaha keras Abam Mat..
nah,...












brownies cheese kukus air tangan umie..
resepi?..nanti-nanti la tepek...
tadi masa buat udah lupa amik ngambo step-stepnya...
ni baru 1st time buat...nasib baik jadik!



Tahniah Abam Mat..
teruskan usaha & berusaha..


p/s : tak menjadi nampaknya entry ala-ala klasik + skema sikit..
penyudah entrynya..ke laut jugak kelako...hampeh!