Ahli Kelab Kad !!

Aug 26, 2011

Ampun & Maaf DiPinta

*~ entry diGAM sehingga tuan punye blog abes beraya ~*


tersilap kata,bahasa & tingkah laku...
bukan perkara luar biasa bagi seorang yang bergelar manusia...
dalam kita menjaga tutur kata & perlakuan kita..
kita takkan mampu untuk menyenangkan hati semua pihak..


sempena bulan baik...
sempena menyambut hari lebaran yang akan menjengah tiba...
teman secara peribadi..
menyusun sepuluh jari..
memohon ampun & maaf..
andai kata..
selama teman mencurah rasa hati dalam blog nih..
ada kawan-kawan yang terasa hati & berjauh hati..
dengan setiap patah kata yang teman coretkan...


buat kengkawan yang memandu pulang balik raya nih..
pandu cermat jiwa tenang...
tak payahle korang nak tergesa-gesa balik kampung...
raya tetap akan raya walau macam mana pun kan...
keselamatan diri lagik penting..
make sure jugak korang kunci grillkan pagar umah leklok..
simpan barang2 berharga kat dalam rumah..
kalo rasa nak balik kampung seminggu..
angkutle kasut butt..kasut kulit korang buh dalam rumah..
kalo boleh,
angkut jugak motorsikal,beskal buh dalam rumah...


teman akan mula bercuti raya pada 26hb sehingga 3hb September..
tahun ni raya pertama di kampung teman..
sesapa datang Teluk Intan raya 1st...
meh singgah umah..
mak teman jamu satay!!!
raya ke-2 teman akan pulang ke n9...
mana-mana yang duk Seremban-Labu-Pilah..
tak reti-reti nak singgah rumah?..
hakhakhak



akhir kata....
 semua kengkawan yang balik kampung...
jangan ingat jalan raya tu korang aje yang bayar cukai jalan..
orang lain pun bayar jugak tau..
hahahahahahahha





Selamat Hari Raya AidilFitri
Maaf Zahir Batin
dari..
Nini  D , Cik Mat & Dobot



Taiping sesak!!!

~ sekadar gambar hiasan ~

Taiping sesak dengan berbagai kereta yang mewakili berbagai huruf & nombor!!!!
korang pikirlah...
nak lepaskan dari simpang masuk taman rumah teman 
menuju ke Tesco aje teman sangkut 7kali traffik light!!!!...
padahal bangunan Tesco tu memang dah nampak depan bijik mata...
grrrrr!!!!!....


berhemahlah sikit bawak kereta tuh...
semua orang nak balik kampung raya...
jangalah hengat ko pakai kereta bukan plat mula dengan huruf A.. 
korang boleh buat jalan ni macam harta korang...
teman dah kasik jalan tu..
bawak-bawakla angkat tangan tunjuk hormat sikit...
tak payahlah sesuka hati nak main senggol-senggolan TAH teman..
kang ada jugak yang makan penumbuk sulung teman nih kat tengah-tengah jalan..
rupa yang tenang jangan disangka takde corcodile..
angin teman tengah sayup-sayup cool macam cuaca kat Taiping arini..
jangan pulak korang bakarkan angin teman jadi sepanas matahari!!!!


jangan ingat semua pemandu perempuan atau lelaki tu berhemah...
ada jugak sesetengahnya yang otak buh kat kepala lutut...
orang lain pon bawak kereta jugak la wei!!!!!!!!


jahanam pahala puasa teman macam nih!!!


Aug 25, 2011

Kerana nugget free

bila eh last sekali teman makan mekdi??
memang dah tak hengat...
kalo bandingkan mekdi dengan kepsi..
kitaorg lagik suka pegi kepsi...
sebab semua hantu ayam!!


tapi,..bebaru nih..
tekak cik asbenn teman terhengen nak makan mekdi...
masalahnya time tu jam dah pukul 11.45 malam...
tak kosenya teman nak tukar baju kelawar ke seluar track...
lalu,..capai aje henpone..
tepon aje adik mekdi delivery...


setengah jam cenggitu...
adik mekdi pon datang...
korang agak-agak..
apa yang cik asbenn teman order??....



permulaannya...
niat dihati..
cuma nak order GCB...


tapi...
bila di-total jumlah yang dibeli...
tambah pulak dengan kos penghantaran..
cik asbenn membuat penambahan order yang tak di-rancang..


sila jangan tak percaya dengan apa yang anda lihat....


~abaikan sajer kaki sexy yang berbulu itew~

semua berjumlah RM45.90!!

adeiilllaaaa......
yang nak makan cuma 2 dewasa + 1 kanak-kanak..
tapi order macam nak makan sampai 4-5 orang...


kata cik asbenn..
nampak banyak sebab...

nugget nih dapat free sebab pembelian lebih dari rm40


memangla nugget tu free..
tapi,..sape yang nak abeskan semua nih??
bukannye boleh makan esok pagi...
takkan la nak bersahur makan nugget??
sabo ajelah...



Lokasi PANAS "Jerangkap Samar"

bila nak balik raya nih...
semua orang kalo boleh takmo tersangkut dalam trafik jemmed...
kalo boleh..
semua nak cepat sampai rumah...
dapat pulak..
kalo yang bawak kereta tu..
hengat macam dia sorang aje bayar cukai jalan....


ni nak bagitau korang...
lokasi panas "jerangkap samar" pak polisi....
di PLUS Highway..


Central
KM 15 JLN KL-RAWANG-KL HAD LAJU 90KM/J
KM 32 L/RAYA KL-KARAK HAD LAJU 90KM/J
KM 433 L/RAYA UTARA-SELATAN HAD LAJU 110KM/J
KM 444 L/RAYA UTARA-SELATAN HAD LAJU 110KM/J
KM 447 L/RAYA UTARA-SELATAN HAD LAJU 110KM/J
KM 400 L/RATA UTARA-SELATAN HAD LAJU 110KM/J
KM 13 L/RAYA CHERAS KAJANG HAD LAJU 90KM/J
KM 289 L/RAYA JB-KL-JB HAD LAJU 110KM/J
JALAN IPOH HAD LAJU 80KM/J
JALAN MAHAMERU HAD LAJU 80KM/J
KM 6.2 KL-SBN H’WAY HAD LAJU 80KM/J
MRR2 BKT JALIL HAD LAJU 90KM/J
KM 59 T/INTAN-KLANG HAD LAJU 60KM/J
KM 62 T/INTAN-KLANG HAD LAJU 80KM/J
KM 64 T/INTAN-KLANG HAD LAJU 60KM/J
KM 11 NKVE HAD LAJU 110KM/J
KM 5.5 L/RAYA ELITE HAD LAJU 90KM/J
KM 8.5 L/RAYA ELITE HAD LAJU 90KM/J
KM 35 L/RAYA KESAS HAD LAJU 90KM/J
KM 44 L/RAYA KESAS HAD LAJU 90KM/J

Upper North
KM 13.2 K/PERLIS-CLN HAD LAJU 90KM/J
KM 13.4 K/PERLIS-CLN HAD LAJU 90KM/J
KM 8 JALAN KULIM MAHANG HAD LAJU 60KM/J
KM 72 L/RAYA UTARA-SELATAN HAD LAJU 110KM/J
KM 12.6 BORR BAGAN AJAM HAD LAJU 80KM/J

Lower North
KM 23 JLN IPOH-LUMUT HAD LAJU-90KM/J
KM 6 TK INTAN-BIDOR HAD LAJU 60KM/J
KM 6 TK INTAN-S/BERNAM HAD LAJU 60KM/J
KM 19 T/INTAN-BIDOR HAD LAJU 60KM/J
KM 58 IPOH-T/INTAN HAD LAJU 60KM/J
JLN TASEK IPOH HAD LAJU 70KM/J
KM 11.5 JLN IPOH-C.HIGHLANDS HAD LAJU 60KM/J
KM 32 JLN IPOH-KL HAD LAJU 80KM/J
KM 301 L/RAYA UTARA-SELATAN HAD LAJU 90KM/J
KM 26.5 JLN IPOH-K/KANGSAR HAD LAJU 60KM/J
KM 77 IPOH-GRIK HAD LAJU 90KM/J
KM 239.7 L/RAYA UTARA-SELATAN HAD LAJU 110KM/J
KM 38 JLN IPOH-LUMUT HAD LAJU 90KM/J
KM 365 L/RAYA UTARA-SELATAN HAD LAJU 110KM/J
KM 388 L/RAYA UTARA-SELATAN HAD LAJU 110KM/J
KM 214.7 L/RAYA UTARA-SELATAN HAD LAJU 110KM/J
KM 223.8 L/RAYA UTARA-SELATAN HAD LAJU 110KM/J
KM 10 JLN BIDOR-T/INTAN HAD LAJU 60KM/J
KM 46 JLN IPOH-T/INTAN HAD LAJU 60KM/J
KM 81 JLN IPOH-KL HAD LAJU 60KM/J
KM 339 L/RAYA UTARA-SELATAN HAD LAJU 110KM/J

East Coast
KM 40 L/RAYA KL-KARAK HAD LAJU 90KM/J
KM 45 L/RAYA KL-KARAK HAD LAJU 90KM/J
KM 64.6 L/RAYA KL-KARAK HAD LAJU 90KM/J
KM 66 JLN K/TRG-KTN HAD LAJU 70KM/J
KM 120 K/BHARU-G/MUSANG HAD LAJU 90KM/J
KM 123 K/BHARU-G/MUSANG HAD LAJU 80KM/J
KM 97 JLN K/BHARU-G/MUSANG HAD LAJU 60KM/J
KM 98 K/BHARU-G/MUSANG HAD LAJU 60KM/J
KM 14 JLN LIPIS-MERAPOH HAD LAJU 70KM/J
KM 41 JLN LIPIS-MERAPOH HAD LAJU 70KM/J
KM 21 JLN KUANTAN-GAMABANG HAD LAJU 80KM/J
KM 197 JLN KTN/KTRG HAD LAJU 90KM/J
KM 33 JLN K/BHARU-G/MUSANG HAD LAJU 60KM/J
KM 50 JLN K/BHARU-G/MUSANG HAD LAJU 60KM/J
KM 30.5 JLN K/BHARU-TERENGGANU HAD LAJU 60KM/J
KM 334-333 JLN K/L-K/B HAD LAJU-80KM/J
KM 349-348 JLN K/L-K/B HAD LAJU-80KM/J
KM 73 JLN K/BHARU-JELI HAD LAJU 70KM/J
KM 41 JERANTUT-TEMERLOH HAD LAJU 90KM/J
KM 42 JERANTUT-TEMERLOH HAD LAJU 90KM/J
KM 101 LPT KTN HAD LAJU 110KM/J
KM 126 JLN KTN-KL-TEMERLOH HAD LAJU 60KM/J

Upper South
KM 209 L/RAYA KL-JB HAD LAJU 90KM/J
KM 178 L/RAYA HAD LAJU 110KM/J
KM 181 L/RAYA HAD LAJU 110KM/J
KM 4 JLN MELANG-K/PILAH HAD LAJU 70KM/J
KM 32 JLN SEREMBAN-K/PILAH HAD LAJU 70KM/J
KM 5 JLN MALIM-MELAKA HAD LAJU 70KM/J
KM 12 A/KEROH-MELAKA HAD LAJU 80KM/J
KM 4 JLN SBAN-PILAH (PETRONAS) HAD LAJU 70KM/J
KM 250 L/RAYA KL-JB HAD LAJU 110KM/J
KM 256 L/RAYA JB-KL HAD LAJU 110KM/J
KM 268 L/RAYA KL-JB-KL HAD LAJU 90KM/J

Mid & Lower South
KM 100 L/RAYA UTARA-SELATAN HAD LAJU 110KM/J
KM 12 L/RAYA UTARA-SELATAN HAD LAJU 110KM/J
KM 13 JLN J/BHARU-SENAI HAD LAJU 80KM/J
KM 21 J/BAHRU-PTN HAD LAJU 70KM/J
KM 14 J/BAHRU-ULU TIRAM HAD LAJU 70KM/J
KM 15 JLN KLUANG-T.W.HENG HAD LAJU 60KM/J
KM 37 J/BAHRU-MERSING HAD LAJU 60KM/J
KM 44 J/BAHRU-MERSING HAD LAJU 60KM/J
KM 19 L/RAYA UTARA-SELATAN HAD LAJU 110KM/J
KM 31 L/RAYA UTARA-SELATAN HAD LAJU 110KM/J
KM 46 L/RAYA UTARA-SELATAN HAD LAJU 110KM/J
KM 49 L/RAYA UTARA-SELATAN HAD LAJU 110KM/J
KM 170 L/RAYA HAD LAJU 90KM/J
KM 172 L/RAYA HAD LAJU 110KM/J
KM 9 JLN MUAR-MELAKA-KESANG HAD LAJU-80KM/J
KM 236 L/RAYA J/B-KL HAD LAJU 110KM/J
KM 135 JLN J/B-SEREMBAN-CHAAH HAD LAJU 60KM/J

sila pandu ikut kelajuan ala-ala sikit yang ditetapkan ye untuk mengelakkan anda membayar "tiket tol" pada PDRM lepas raya nanti..
sila juga pandu secara berhemah..
.menyampah betul kalo nampak ada kereta menyelit dari sebelah kiri ikut lorong motor..
.rasa cam nak pegi pancitkan aje tayar kereta diaorg!!




Stok..

untuk 2-3 hari nih..
nak menyampaikan time nak balik kampung..
teman tak payah susah-susah nak serabut kepala..
pikir nak masak apa...


sebab.....



stok lauk yang menanti untuk dihabiskan....


ginila kekdahnya bila hidup berjiran ...
kitaorg nih nak makan berdua ajer..
kalo setiap hari sampai 2-3 jiran bagi lauk...
tak ke penuh dalam peti ais tu stok lauk ajer....
ni pon dah banyak yang kitaorg abeskan....


syukur..syukur...
sebab ada jenjiran yang tak lokek hulur-menghulur...
sedap atau tak sedap belakang cerita kan..


kalo teman rasa otak jemmed nak pikir menu apa nak masak...
teman pilih aje menu dalam peti ais nih...
haaaa.....kelasss kan..


Aug 24, 2011

Semangat nak raya!!

Tinggal kurang seminggu aje lagik kita umat Islam akan menyambut ketibaan bulan Syawal...
sekejap aje rasanya tempoh sebulan berpuasa ni nak abes kan...
lepas nih..
kompem ramai balik manusia ( secara amnya) yang menyandang balik jawatan part-time diaorg.....
jawatan part-time??
jawatan apa??..
ala...
jawatan SET-AN !!


teman & Cik Mat jugak tak terkecuali bergumbira nak menyambut kedatangan Syawal...
walaupon Cik Mat tak pose secara lahiriahnya..
tapi beliau telah berpuasa membuat sepah sepanjang bulan pose nih...
konsider puasa jugak tu kan...
tak payah la teman tertonggeng2 nak kutip mainan dia...


tapi jangan tak caye..
baju raya Cik Mat lagik banyak dari mak & ayah dia...
siap ada jiran baik hati nak sponsor!!!!
kalo takat sorang dua yang  nak sponsor tuh..
boleh la lagik diterima..
tapi..
kalo dah sampai 2-3 orang beli baju melayu untuk Cik Mat ajer..
tak ke teman rasa cam nak jeles ke??
hahahahahaha...


pagi semalam..
lepas hantar TAH pegi servis..
kami dua beranak sakan merombak susun atur kerusi kat ruang tamu...
memandangkan teman udah angkat bendera Korea...
tak jadi masalah untuk perah tenaga lebih sikit sebab boleh sentiasa refiil "minyak"...
hakhakhak...


sibuk nak tolong..
padahal bukan tolong pon..
setiap kali teman tolak kerusi...
kemain lagik dia landing atas kerusi yang teman tolak tu...


walaupon setakat tolong kacau & tolong hulur2 penyapu...
gaya harus maintain...


bila dah penat tolak kerusi sambil berjerit pekik dengan Cik Mat..
harusle kami dua beranak berfoto gediks kejap..


korang abaikan ajelah muka pucat lesi tu..
muka versi minah sempoi..


at last..
selepas 2 jam...
siap jugak buat susun atur baru kerusi tuh..
gile lama!!!




Dapat dah header rayo..


timo kasey banyak2 pada TTM..(teman tapi mesra)
yang walaupon kebizian..
tapi sudi mencurik sedikit masanya...
untuk mencreatekan header rayo untuk blog teman...


Cik Kaki....
meh laga pipi kiri kanan!!




WordLESS Wednesday


sila jangan contohi pemandu ini....
beliau memang kerasukan bila dapat pegang stereng TAH 
especially ketika pemanduan kat highway..


sekian.


Aug 23, 2011

RM909.43

entry nih adalah bersangkutan dengan entry INI...


TAH telah mencapai tahap servis...

160K
iaitu MAJOR servis....


seperti yang dinyatakan....
bila major servis nih....
tuan punye poket selalunya akan buh tangan diam-diam dalam poket.....
sambil buat muka kiut tersengih-sengih..


dan hasil servis arini..
TAH telah berjaya merabak-parahkan lagik poket tuan dia....


terbaeekk dari TAH..
duit raya TAH....


mahal??...op coz la...
dah nama pon major service...
stendetla tuh..


apsal kitaorg cuma servis kat Toyota servis centre aje?...
apsal tak pegi bengkel kereta biasa..
kan senang...murah...servis pon not bad...
pomen jugak yang buat...


since kawen dengan cik asbenn lagik teman dah tanya pasal nih...
dan jawapan dia..
motto servis kereta yang dia pegang selama 7 tahun bersama TAH...


" I have built my trust with them..
because they give their best service to my car! "


senang cerita..
lain orang..lain caranya..



No. 3 !!

pukul 8.30 pagi lagik...
teman udah sampai kat Toyota Servis Centre..
lengang aje keadaan kat sana...
abes,..awal pagi lagik...
servis centre tu pon baru bukak dalam setengah jam..
kastemer pon tak berapa ada...
Cik Mat macam biasa...
megambil kesempatan berkenalan dengan semua staff yang ada..
dah macam Menteri Besar ajer..


memandangkan balik raya kali nih..
TAH diberi mandat untuk jadi kenderaan rasmi..
harusle TAH masuk klinik dulu...
kene servis kasik mantap...
barule hati tenang nak jalan jauh..


kata cik asbenn...
dah sampai masa untuk major servis....
* adeii..terasa rabak banyak poket kali nih*
kalo kene bayar sampai 4angka kang...
redha ajelah keluarkan duit...



kalo tengok dari rupa TAH nih...
korang agak-agak...
berapa tahun dah usia TAH nih??







Aug 22, 2011

Header rayo..

bilo den poie jongah blog kengkawan den ni ha...

blog ekau den tak bleh jojak...
malware detected katanye...
sompek tengok header sajor...


blog ekau plak..
cam biaso..
hari-hari den jojak kaki...

Tasneem sehat ko?...
bilo balik telok anson rayo??


menggedik-gedik jari den nak buat header cam diaorg...
bajet nak header cun jugak...
semangat rayolah katakan...
tapi....
den sodar diri...
tangan tak berseni cam den mano pandai buat header cenggitu..


oleh sobab itu,..
den nak tanyo nih...
sapo baik hati nak buatkan header rayo untuk blog den??....
copek ah..angkat tangan...




Couple Bee....

masih ingat lagik dengan gambar WW nih..



korang dah abes pikir ke gambar apa nih??..
memang la gambar lebah..
tapi...lebah versi apa??....


dapat?...

tak dapat pikir??..

tak payah sesusah pikir la...
teman bagitau aje senang...
gambar di atas tu.....
cumalah....





penyangkut berus gigi versi sehati sejiwa kami....
memang nampak macam keanak-anakan...
tapi...
terasa berseri bilik air bila tengok 2 ekor lebah ni melekap kat tepi dinding....
yang mana satu tuan punye berus gigi kaler pink & biru...
tak payah tanya la...
tukar suka sama suka pon boleh ajer...
hakhakhakhak.......



yang ni Cik Mat punye...
penyangkut berus gigi Cik Mat lagi ganas dari mak & bapak dia punye..
gambar otromen...


mana penyangkut berus gigi dobot??...
eeerrrmmmm...
masalahnye sekarang...
dobot gosok gigi ke??


posing bajet cun dari dobot...


Aug 21, 2011

Demi perot!

daging masak halia...

chef tengah sakan bersilat di dapur *sambil dibantu oleh chef kecik*
demi menyiapkan santapan perot time bersahur kang...
bila ada pembantu tak disuruh nih..
keje cepat jadi lambat siap..



chef MC masak arini...
sakit kepala tahap maksima..
big boss pulak keje dari pagi sampai pukul 10mlm tadik..
bila big boss dah balik keje...
haruslah chef cari idea nak makan apa utk sahur kang...
ini ajelah yang termampu & paling cepat siap..


Pujaan hati..


bantal biru bogel yang menjadi pujaan hati ayah & anak...
HARUS di-jemur time tengah panas...
teman nak pingsan dengan bau "perfume" bantal pujaan nih...


camne la diaorg boleh suka sangat dengan bantal nih...
tido malam siap boleh kongsi separuh sorang peluk...
ok tak kalo teman buang bantal nih??
hahahahahahha......



Aug 20, 2011

Selesai!!!

bersiaran dari Taiping...
sampai pukul 6.45tadik..
kelam kabut masak nasi...
baru aje teman nak bukak peti ais cari bahan nak masak...
jenjiran keliling rumah datang hulur lauk...
syukran!..murah rezeki..


hati lega..lapang kepala...
projek kerepek bayam untuk sesi raya tahun ni dah settle....
tak payah pening-pening nak pikir...
minggu akhir puasa boleh rileks..
boleh tido malam dengan aman...
yeayy!!


last batch...

stok yang masih ada pada tangan teman..
cuma untuk kastemer yang hands collect...
selebihnya dah hantar...


balik kampung semalam..
jumpa opah...
lalu kami ber"sistem barter"....
jangan memain...
opah dgn cucu pon boleh buat cenggini..


mana nak dapat orang jual kuih tulisan jawi cenggini..


hebat kan...
tulisan jawi tuh...
sebab dah lama tak baca paper jawi..
merangkak jugak memula nak baca...
hahahahahahah..


tempeyek opah!!


untuk teman punye ada 2 versi...
versi ikan bilis & versi ikan bilis & kacang...
teman tak tahan makan kacang...


tapi,..mahaple....
opah dah tutup order..
kata opah...
tempahan tempeyek dari anak-anak dia pon blom siap lagik!!



mekchu..sila lihat!

udah 2 hari teman try masuk blog awek glamer nih...
tapi...
tak jugak dapat masuk...
katanya..
ada malware detected..



mahap mekchu...
bukan den takmo jojak kaki kek blog ekau..
tapi...
tak boleh!!




Aug 18, 2011

48 bulan.....

~ entry ini adalah agak jiwang..
berhari-hari berkarya mencari mood..
baru boleh dapat isi penting & kata pengikat entry nih....~

sila tekan pangkah jika anda tidak mahu meneruskan pembacaan..
terima kasey!!!



khas buat sang suami...



genap arini....
48 bulan kita bersama..
bersama mencorak kehidupan kita...
memperbaiki & menaiktaraf hubungan kita zahir & batin..
dari segala kekurangan..kelemahan...


terasa macam baru lagik daku menyandang jawatan isteri...
masih terbayang-bayang lagik merah meyalanya inai di jari..
terasa lagik keasyikan memakai baju songket..
yang paling penting...
masih terasa lagik kebas pipi nih bila kuncupan di dahi & pipi diberikan oleh sang suami ketika membatalkan air semayang selepas akad nikah dulu ..
tapi..rupanya...
4 tahun sudah berlalu..
namun..
tarikh 18 Ogos masih utuh dalam ingatan....



kita sama-sama mengangkat ikrar..
di depan tok kadi...serta di hadapan ibu-bapa kita..
akan menempuh dugaan,cabaran bersama...
mengimbangi kekurangan & kelebihan masing-masing...
ibarat cubit peha kanan...
peha kiri turut merasa pedihnya....



masih lagik terasa...
gigilan tanganmu sang suami sewaktu menghulurkan duit mas kawen...
kononnya kipas duit yang dikau buat khas untuk isterimu..
kelakar + terharu..
tambah nak ketawa..
bila sang suami menyinsing lengan baju melayu..
kononnya nak cover nerbes...



masih terasa silaunya..
simbahan cahaya cincin kawen yang disarungkan di jari manis daku...
masih terbayang lagik saat manis itu...
tangan kita masing-masing sejuk beku macam ais!!



menghormatimu sebagai suamiku...
sebagai seorang lelaki yang sanggup memikul tanggungjawab..
untuk membimbing & mendidik sang isteri...
daku tunduk mencium tangan sang suami...
nawaitu di dalam hati...
moga daku mampu menjadi isteri yang baik..yang taat..
yang menjaga maruah & air muka sang suami...
serta menjadi isteri yang solehah...
agar beroleh peluang di syurga bersama suami...



di-suruh cuma kuncupan di dahi...
tanda me-menterai hubungan kita...
seperti mana yang dilakukan oleh pasangan lain yang baru menikah...
tapi...




sang suami "upgrade" sikit....
saje nak kasik gempaks majlis....




turut memberikan kuncupan di-pipi...
dah serupa kene kejutan elektrik sang isteri masa nih...
keras badan...fuhh!!




selesai acara kita....
bergeraklah sang suami & isteri mengadap ayahbonda...
mereka yang bertungkus-lumus memastikan majlis berjalan lancar...
yang juga memastikan...
majlis akad kita akan sentiasa menjadi kenangan indah seumur hidup kita...


mak sang isteri yang riang tersenyum...
tiada titisan air mata...
cuma senyuman penuh kesyukuran...
hajatnya untuk melihat anak sulungnya mendirikan rumahtangga dah tercapai...
Alhamdulillah...

terima kasih mak untuk segalanya....



tak lupa jugak...


ibu sang suami...
yang menerima daku dengan tangan terbuka..
yang mengizinkan anak harapannya ( anak sulung ) menikahi daku...
terima kasih mak...
tunjur ajarmu amat daku hargai...




kedua-dua mak nih...
tiada esakan & air mata yang keluar..
cuma tersenyum dengan rasa syukur...
syukur kerana semuanya selesai dengan sempurna...




tapi..
bila sang isteri mengadap "buah hati" yang  dikasihi..
secara spontan sang isteri menjadi sebak...
melihat matanya yang merah...
cukup untuk menggambarkan betapa sebaknya dia....
betapa walang & sayu hatinya..
anak gadis yang dibelai dari kecil...
ditatang bagai minyak...
telah diberikan hak penjagaannya kepada lelaki lain...



abah!!
daku peluk erat dia..
tanda menyatakan...
tempat beliau tak hilang dari hati seorang anak...
beliau tetap daku kasih sehingga hujung nyawa...
beliau insan yang sentiasa ada berkongsi suka duka...
melihat abah menangis...
membuatkan daku turut teresak sedih...
sedarlah si anak disaat ini...
si anak bukan lagik "hak milik" abahnya...
tiada lagik manja..tiada lagik tocang rambut..
tiada lagik sugar daddy...
Allah saje yang tahu bagaimana perasaan kami...



ketahuilah sang suami...
isterimu amat menyayangi lelaki ini...
lelaki yang membesarkan isterimu dengan kudrat & tenaganya...
kasihlah dia sepertimana dikau mengasihi arwah ayahmu dulu...


suamiku.....


sekejap saje rasanya kita melalui 48 bulan...
48 bulan...
masih jauh lagik perjalanan hubungan kita...
masih banyak lagik benda yang perlu kita kecapi & usahakan bersama...
moga Allah memberikan kita lebih masa lagik..
untuk terus mengecapi kebahagiaan & kejayaan..
moga dikau terus bahagia wahai sang suami...
bahagia dengan limpahan kasih sayang isterimu....
bahagia dengan seadanya kita..
bahagia dengan segala susah senang yang kita lalui...




redhalah wahai sang suami...
bahawasanya...
setiap kejadian yang melanda dalam hubungan kita...
cumalah dugaan dari Allah untuk menguji keutuhan hubungan kita & hubungan kita denganNYA..



19 Ogos 2007



26 Ogos 2007



Selamat UlangTahun Perkahwinan Yang Ke-4 En. Azraai Ali...
terima kasih untuk semua kenangan yang kita ada....
baik dari segi kenangan manis & pahit...
moga kita akan terus saling memimpin tangan hingga hujung hayat kita..
Amin..




**berjenuh lap air mata menyudahkan entry nih **



Aug 17, 2011

WordLESS Wednesday


masih ber"henna" lagik.....
tapi..kek kaki jo la...
laki den suko tengok!!




Nuzul al-Quran..

Sememangnya sudah menjadi tradisi bagi kita umat Islam, pada setiap tanggal 17 Ramadhan kita akan mengadakan peringatan Nuzul Al-Quran.


Bahkan hampir di seluruh negeri-negeri Islam, pemerintahan setempat secara rutin melaksanakan peringatan tersebut setiap tahun, yang sering-kali digabungkan dengan peristiwa Perang Badar Al-Kubra (terjadi pada 17 Ramadhan tahun ke 2 Hijrah, ketika umat Islam pertama kali melaksanakan shaum Ramadhan).


Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.






Aug 16, 2011

Tutup dah....



ni sumer balance order yang masih blom submit keluar...
since semalam...
teman dah sakan mengulang pejabat kurier...
semalam ajer...
dah post out 25 bekas kerepek...


minggu ni dengan minggu depan...
minggu bizi...
banyak order beratur menanti turn kene post....


order last menet cuma di-ambik untuk sahabat2,teman tapi mesra serta kenalan rapat...
yang jejauh..
mintak mahap..
bukan takmo amik dah...
tapi,..
takot nanti abang2 kurier dah start mogok nak cuti rayo!!






15 hari sudah lepas....

sekejap aje rasanya masa berlalu...
serasanya...
baru aje aritu kita semua mula berpuasa...`
terhengat-hengat semangat kental bangun sahur hari pertama...
Alhamdulillah....
semangat tu masih kental sehingga ke sahur pagi tadik....


sekarang nih...
kang sopping mall especiallynya...


lagu raya dah sakan berkumandang mengalahkan azan solat...
manusia-manusia yang membanjiri sopping mall jugak...
dah serupa macam tentera semut menghurung gula yang tumpah...
seronok ada..pening pun ada...tengok gelagat diaorg....
tambah pulak bagi golongan yang bekerja...
masing-masing bizi pegi 'punch card' kat ATM...
sanggup beratur panjang sampai lenguh kaki...
asalkan dapat sama-sama memeriahkan suasana membeli -belah...



terasa kemeriahan nak menyambut bulan Syawal sangat meriah...
agaknya...tahun nih....
berapa hari cuti yang tuan doktor dapat....
tahun lepas cuma 3 hari...
frust sangat sebab tak dapat beraya rumah sedara-mara...
moga tahun nih....dapatle cuti raya lama sikit...



buat rakan-rakan lain yang masih setia menjadi makmum di masjid/surau...
teruskan perjuangan anda untuk mendapat pahala lebih di bulan yang penuh berkat ini...
kerjakanlah ibadat tu dengan penuh kusyuk' dan tawaduk'....
setiap orang lain "nilai" ganjaran pahalanya...
moga kita sama-sama dapat menikmati dan menghayati malam..


Lailatul Qadar....


Amin...


Aug 15, 2011

Kaum WANITA...Sila Alert!!!

kengkawan yang teman hormat & kasih semua....

ada maklumat penting yang teman dapat kat mukabuku....




sila amik tindakan susulan untuk diri sendiri ya....


zaman sekarang nih..
macam-macam akal jahat manusia boleh buat...
moga kita semua beringat....
hidup tak kekal....
akhirat jugak yang kekal....


Omak..den balik!!

 motif gambar nih??....

yeahh...
ni la penapis pancaran matahari terus membakar peha teman disebalik kain baju kurung....
rasa cam separuh masak peha teman...
kata cik asbenn...
"bijak sangatlah tuh"..
hakhakhak....
amboi yang,...sindir lebih nampak!!


memandangkan time pagi tuh dah bersakan dating kat kedai gunting rambut,..
dalam pukul 1 lebih jugak baru gerak balik n9...
bijak kan...
balik kampung time tengah hari...


 gambar latest Cik Mat...

budak kecik nih,..
asal "odometer" mata dia rasa...
perjalanan naik kereta jauh dari estimate "odometer" dia..
wajiblah dia melelapkan mata dia sehinggalah dalam beberapa km nak sampai tempat yang di tuju baru dia bangun...
memanglag perjalanan rasa tenang tapi...
tunggu ajelah malam kang....
rasa macam tenaga dia lebih kuat dari tenaga gaban!!


 pilot berbaju kuning...
pilot nih..selalunya...
akan bertugas di awal perjalanan....
selebihnya,...co-pilot take over...
stendetlah...
ada co-pilot jenis suka drive long distance..


tambah pulak...
kalo perjalanan tuh...


naik TAH...
lagikla co-pilot suko!!


naik TAH yang paling best time nak amik korner...
pulas sikit ajer stereng...
memang terbaekk la...
tu sebab TAH ni sentiasa menjadi ke-chentaan teman...
7 tahun wooo....
alhamdulillah...
TAH blom lagik meragam tak tentu hala...


 co-pilot yang ensem pada hari tuh...
kata cik asben,..
co-pilot buang tebiat pakai baju kurung time tengah hari...
alah,..dengki!!


rumah omak mertuo den...


sampai di kampung petang tu..
lebih kurang pukul 4.30 petang...
tu pon co-pilot take over stereng kat hentian Behrang...
kalo tak,..mesti awal lagik dah sampai gitu...
hakhakhak...