Ahli Kelab Kad !!

Showing posts with label YES. Show all posts
Showing posts with label YES. Show all posts

Aug 29, 2013

Cukuplah setakat ini..





Lama sudah kita berkasih-sayang..
dari Kuala Selangor-Sungai Buloh hinggalah Taiping...
walau banyak masalah yang kau berikan namun..
aku tetap setia bersamamu kerana sedari dulu hanya engkau yang dikatakan paling hebat..



Masa silih berganti...semakin banyak pilihan yang muncul..
tapi daku masih setia bersamamu kerana kontrak cinta yang kita tandatangani...
dikala kontrak percintaan kita hampir tamat...
engkau memujukku dengan pelbagai "keindahan 2GB" yang engkau janjikan...
tapi..semuanya palsu belaka & aku sekali lagi tertipu...
dan terikat sekali lagik dalam kontrak cintamu..





Walau pelbagai kata yang mengguris hati yang aku lemparkan...
kata ugutan..tapi engkau tetap jua begitu..
tidak mahu barang sekali memperbaiki kesilapanmu hingga membuatku kecewa...
kecewa dengan sikap sambil lewamu mengambil hatiku sebagai pengguna...
aku kecewa..kecewa...dan terus kecewa...




Cukuplah sudah setakat ini jodoh kontrak cinta kita...
terima kasih atas segala kenangan..
kepahitan..kemanisan kita bersama selama engkau berkhidmat untukku...
walaupon daku seringkali kecewa dengan servismu tapi dalam rasa kecewa itu...
daku turut berterima kasih kepadamu...
terima kasih kerana setia melayan amukanku..rasa bengangku...rasa kecewaku...
kamu tetap rakanku walaupon kita jarang sekali sehaluan terutama sekali bila kau
seringkali mengagungkan "flexibilitymu" sebagai internet service provider yang terbesar di Malaya...







sekiranya keluargamu mahukan dikau kembali..
akan ku hantarmu ke cawangan rumah keluargamu.....




Kekecewaan ku kini diubati oleh yang lain...
moga dia mampu memberikanku kebahagiaan..kemanisan sepanjang tempoh percintaan kami nanti...





 welcome aboard dear....












 moga mereka serasi bersama..
keserasian mereka bergerak..memudahkan perhubungan cinta tiga segi kita...






YESS..!!!






Moga selepas ini kita tidak lagi berjodoh,streamyx...
daku serik...serik dengan segala janjimu...
aku serik...sudah..cukup cukup sudah..





terima kasih suami atas hadiah anibeseri kawen tahun nih...
walaupon macam kelako tapi inilah pemangkin semangat si isteri di rumah...
apa guna henpon canggih tapi internet kat umah macam siput sedut! auww..auw..auww..
terima kasih kerana peka & selalu pinjamkan telinga dengar luahan hati si pengguna yang kecewa ni..
harapnya takde dah lepas ni aksi amukan nak hentak router..nak tebang tiang telepon..hahahahaha
suami...
kamu tetap service provider "banker"ku yang paling ohsemmm!!!



Bos,..
elaun naik lagik tahun depan boleh? hehehehehehehe