Ahli Kelab Kad !!

Showing posts with label villa nini_d. Show all posts
Showing posts with label villa nini_d. Show all posts

Dec 20, 2014

Aktiviti cuti sekolah




Takde aktiviti yang lebih best time cuti sekolah nih selain daripada diaorg nih mendera teman!
terdera perasaan..tenaga..emosi..termasuk jugak terdera lemak tepu! hahahahaha
time cuti sekolah ni,toksah haraplah boleh selesai siap semua keje rumah dengan cepat.
kita akan repeat proses yang sama ntah berapa kali sehari!
ini termasuk sesi menyapu..mengemas...kutip baju kotor...membebel...jadi separuh tarzan...
dalam cuti sekolah jugaklah teman boleh ada pembantu sampingan yang sangat-sangat 'membantu'!
tak bagi tolong kang..katanya kita ni takmo dia tolong..
dibagi keje suruh buat,...bergaduh aje penyudahnya 2 orang tu..



 setiap kali mengemas ruang tamu atas,..
sesi bergaduhkan vacuum adalah acara wajib!
dan selalunya juara acara ni adalah seperti gambar di atas..




 yang ni pulak acara kemas ruang tamu bawah...
tak boleh bagi satu aje kain lap..kene adilll



 rare betul skill gini!
umie pon tak pernah try lagik,dik!



satu benda yang kene banyak-banyak redha bila lantai rumah kaler putih..
mata ni sensentap sangat even nampak rambut selai..
titis air milo?..huh,tu dah serupa lantai kene demam campak..








tiada aktiviti yang lebih best selain main masak-masak batu & rumput guna kuali dan sudip umie.
mula-mula masak kemain bekerjasama..
penghujung sesi masak kang ada yang bergaduh sudip..bergaduh batu..penyudahnya teroyak!!!





disebabkan cuti sekolah, jadi ada la banyak sikit masa lapang...
kebetulan pulak aritu cik abg tu bercuti 2 hari..
maka,..kami bergotong royong buat tempat nak taman pokok bunga..
tak payah sesusah upah orang..sendiri kuli,sendiri bos.hahahaha










 gigih tu sesama sodok pasir, bancuh simen..ketuk batu bagi terbelah cantik-cantik..dan kos yang kami keluarkan adalah zero! ada cerita sebenarnya pasal batu nih..
masa memula beli pasir untuk tambak tanah nak buat rumah dulu, taukey cina tu tersilap hantar 2 lori batu ke tanah kami.dan kebetulan pulak batu-batu tu besar-besar tapi bercorak elok..malah,bila kita ketuk batu tu,dia boleh terbelah dengan cantik.maka,kitaorg kumpul simpan kat belakang rumah.simen pulak ada lebihan masa kontraktor buat rumah dulu.pasir pulak kami amik dari depan rumah aje.kebetulan ada jentolak dok kaut pasir dari tanah depan sebab nak buat longkang.jadi keseluruhannya kami hanya mengeluarkan modal penuh kami sahaja.
2 hari jugaklah sakit belakang sebab sakan sangat dok usung kereta tolak,dok gigih sodok pasir..hahahaha tapi seriusly seronok!



 setelah sebulan bercuti penuh dari tengok buku,...Abam Mat kembali ke pangkuan bukunya. ujung bulan ni orientasi masuk sekolah.dengar-dengar cerita pihak sekolah ada buat penilaian untuk tahu tahap prestasi murid.tentera yang berdiri dibelakang Abam Mat tu baru pandai membebel. asyik membebel aje kejenye.sepatah habuk pon tak paham tapi teman iyekan aje..




sempena nak masuk sesi persekolahan ni,..bilik Abam Mat diberi nafas baru sikit.biar ada semangat nak mulakan persekolahan.kasik meja ngadap tingkap pulak.




 cik adik yang ni tengah sebuk belajar sembahyang..
setiap kali dia nampak teman pakai telekung,..dia pon sama nak solat.
tapi itulah,..satu rakaat aje dia solat.lepas siap dia pon blah..
part tak boleh tahan bila tengok mulut dia pon terkumat-kamit baca surah..


itu ajelah sedikit sebanyak cerita nak kongsi. teman tau teman masih berhutang cerita pasal rumah.nanti eh, ada masalah sikit dalam nak dapat approval reveal pasal rumah.masih dalam proses nak dapatkan kelulusan.insyaAllah,..last sekali,...amikla sekeping nih..



gambar spontan abes kami yang dikandid oleh ayah.ingatkan dia memain kata nak amik gambar,...sekali dia btol-btol amik! ohh,nampak tak dari sapa anak-anak dapat perangai suka posing depan kamera? tuu,..sifu dia ada kat situ.hahahahahaha



May 27, 2014

Excited sangat!


Abang ini mencipta sejarah sendiri dengan melanggar secara reverse dinding porch rumah barunya yang belom pon beliau diami! Turun aje dari kereta gajah beliau,speechless sambil membelek dinding dan kereta gajahnya.demi mencover ke'cuak'an beliau dihadapan isteri tercinta...terus ajak seisi keluarga menemani beliau pegi kedai hardware.nak cari plaster dinding demi menampal semula kecacatan yang telah beliau lakukan.petang tu jugak kerosakan berjaya dipulihkan tanpa dapat dikesan kecacatan tadi dengan mata kasar. Tahniah bang sebab dah rasmikan rumah baru abang dengan cara yang sangat ohsem.abang memang terbaekk! (^/\^)

posted from Bloggeroid

Feb 20, 2014

Ceritanya...Tentang impian kami








Ok..ok..cerita ni memang dah banyak kali tunda entrynya.berjanji dah banyak kali tapi berceritanya idak jugak!!!! cemana nak publish entry kalo ceritanya perenggan pertama pon tak abes tulis.?..ini la baru btol-btol berkesempatan nak menulis.adik tak berapa sehat arini.nak kata sakit mata,..xde pulak matanya merah tapi dah 2 hari bangun tido dua belah mata bersememeh banyak dengan taik mata.dan pagi ni baru ada rasa dedar sikit badannya.jadi,..ayah kasih cuti rehat masak untuk umie dengan syarat tolong tapaukan koeyteow kerang untuk dia.itu adalah sangat senang! hahahahahaha ok,tengok..intro aje dah jauh merepeknyaaaaaa..





Entry ni berkisahkan impian kami.bukan bertujuan membangga diri atau menunjuk-nunjuk.kalo rasa time anda nak baca entry ni tetiba terdetik dalam hati perasaan bahawa kami ini ingin menunjuk-nunjuk,sila klik icon "X" dihujung sebelah kanan pc anda.blog teman ni berkisahkan keluarga,kisah suka duka kami.tiada maksud lain.mekasihh..






Alhamdulillah, pada bulan Oktober 2013, Allah murahkan rezeki kami dengan limpahan rezekiNYA yang kami tunggu-tunggu. walaupon banyak rintangan,dugaan yang kami hadapi selama merealisasikan impian kami ni.. jatuh bangun..ntah berapa kali turun naik bangunan MPT...tak termasuk kali ntah berapa kali pinda design sebab tak memenuhi kehendak & lakaran kami....akhirnya.segala penat lelah kami dibayar..., syukurr!!






 terasa sangat legend bila tengok nama sendiri cik abg terpampang kat kain gini...kemain gile gelemer!





Tapak rumah comel kami. bulan 10 aritu dah bermula proses membinanya.insyaAllah,kalo takde apa-apa masalah pertengahan tahun ni dijangka siap.jauh lagi masanya.banyak lagi progress keje yang masih berjalan.rasanya,inilah pertama kali teman reveal pasal hal rumah secara terbuka.dalam instagram ada jugak update sikit-sikit especially progress keje.sebagai kenangan kami.










Inilah pemandangan mula-mula sekali yang kontraktor buat.sesi ukur-ukur.teman memang awal-awal dah serender bab ni sebab tak reti.aaaa.....yang baju putih tu bukan kontraktor ye.sebaliknya ketua kepada konraktor merangkap empunye rumah.cik abg tu memang banyak abeskan masa kat site..(perghhh..ayat bajet macam engineer!!!) hahahahaha... tapi memang betul pon.semua progress keje kontraktor dia selia sendiri.hari-hari datang tengok tapak rumah.kalo setakat datang tengok tapak rumah lenggang-lenggang tu konsider ok lagi..ni,siap bawak pelan rumah hoke!! Sebenarnya, pembinaan rumah ni banyak memberi makna & kepuasan pada kami. seronok rasanya bila tengok progress rumah tu dibuat satu persatu & berjalan seperti yang dirancang.pekerja & kontraktor jugak bagi kerjasama yang sangat baik pada respon kami & teguran kami.itu adalah satu bonus hoke! ada sesetengah kontraktor tak suka bila tuan rumah cerewet & banyak bagi "tunjuk ajar" pada si kontraktor.even kontraktor kami cina tapi sangat sempoi! dan rasa lebih bermakna bila....









lakaran asal pelan rumah kami adalah hasil idea & kreativiti incik asben sebelum di hantar kepada pelukis pelan yang sebenar..dia yang banyak abeskan masa belek buku-buku berkaitan rumah semua nih.gigih hari-hari pegi keje usung drawing block semua tu.tak termasuk lagi ntah macam-macam pembaris,pita ukur.... dia jugak yang selalu mengadap muka pelukis pelan bila ada design yang dia tak berkenan. teman memang tak berapa amik port part ni.even macam tu,bukan bermaksud lepas tangan.setiap amendment yang dibuat,..of cos cik abg tu akan amik gambar & tunjuk dengan teman.lepas tu kita sama-sama study balik & cari outcome untuk resolve perkara tu.memang berbaloi rasanya usaha dia selama ni.  I'm pround with u,yang!!!








Puan yang tak berapa besarr datang melawat tapak projek.hahahahaha..selalu sangat culas datang tengok tapak projek.bukan malasss tapi....kalo follow cik abg tu tengok progress rumah,..koman-koman sekali lawatan cecah setengah jam.ohhhhh,..tak berapa sanggup sambil nak berdiri dukung Adam. cair lemak den!!





Antara gambar-gambar progress keje yang ada dalam simpanan teman yang teman wassap dari henpone cik abg tu.tak boleh reveal semua.sikit-sikit bolehla :D




















kontraktor tu amik inisiatif letakkan batu sungai bawah lantai.selain dari boleh bantu lantai lebih sejuk,tujuan lainnya untuk mengelakkan air bertakung di bawah lantai..tu bukan teman yang kata..kontraktor yang kataaa...












Itulah sedikit sebanyak ceritanya.legaaa rasanya sebab dah abes hutang cerita rumah.hutang cerita lain tu...sabar-sabar ye. InsyaAllah,mohon kengkawan sesama doakan moga semua urusan ni berjalan lancar. Amin.