Ahli Kelab Kad !!

Mar 11, 2014

Titipan hati buat kalian




Kehilangan...


Kebelakangan ini...
teman seakan kehilangan dorongan untuk menulis blog..
minat menulis tu masih ada cuma..keghairahan menulis itu seakan menjauh..
kecewa dengan diri sendiri bila memandang blog sepi tanpa sebarang entry baru..
luluh rasa hati bila melihat keghairahan menulis itu seakan merajuk..
sekali sekala menyoal kepada diri sendiri...ke mana hilangnya minat nan satu ini...



Setelah berfikir..dan berfikir..menimbang baik buruk tindakan yang bakal teman buat...
akhirnya...teman telah mengambil keputusan..
berehat seketika dari menulis blog...
berehat seketika dari menulis diari diri...
berehat seketika dari berceloteh pelbagai perkara mengenai diri & keluarga...



Cik abang bertanya..kenapa mahu berhenti dari melakukan sesuatu yang teman suka?
adakah komen sesiapa yang membuatkan teman bertindak sebegini?
oh suami....terima kasih atas keperihatinanmu...
tidak ada yang mendesak..
malahan tidak juga ada komen liar & tajam yang mengasak pemikiran...
cuma....kekangan waktu..
terasa tidak cukup tempoh 24 jam sehari dalam melunaskan tanggungjawab sebagai seorang ibu kepada 2 anak bujang yang sedang membesar & mahukan sepenuh perhatian..tanggungjawab sebagai seorang isteri dalam memenuhi & menyiapkan keperluan suami..serta tanggungjawab kepada diri sendiri dalam mengatasi segala macam tahap turun naik emosi dalam kehidupan seharian..
lelah!! sungguh teman lelah! jika dulu,kelelahan ini terubat bila kala menulis blog..
tapi kini....nak punya waktu mengadap laptop pon payah!
kelelahan kini lebih terubat bila kala dapat duduk santai seketika walaupon ketika itu bersantai sambil memakai mask muka!



teringat dulu di awal waktu teman mula berblogging..
tahun 2010..ketika itu Abam Mat baru berumur 2 tahun..
dan teman memulakan aktiviti menulis ini sekadar mengisi masa lapang...
ketika itu rasanya..teman punya sangat banyak masa lapang!
dan dari situlah mulanya semangat...keghairahan menulis aktivit setiap hari...



Alhamdulillah syukur juga..sepanjang 4 tahun teman berblogging...
tiada komen negatif juga haters yang tersembunyi atau haters yang menampilkan diri...
teman sentiasa cuba beringat dalam setiap patah yang teman coretkan...

"fahami juga situasi si pembaca..jauhkan dari menyakiti mereka dalam cara yang kita tak sedar.kadangkala..penulisan/kata-kata seseorang lebih tajam dari sebilah pisau"



Oleh itu,..dengan rasa rendah diri...
sepanjang teman menulis santai disini..
mohon dimaafkan ketelanjuran kata...kelancangan ayat yang teman susun...
mohon dihalalkan setiap kata-kata nasihat yang kita kongsikan bersama disini...
juga mohon dihalalkan setiap tawa riang yang teman kongsikan bersama kalian...



InsyaAllah..punya ruang & waktu...
satu ketika nanti...teman akan kembali menulis...
kembali mengisi, berkongsi gelak & ketawa kalian bersama teman disini..
buat yang sedia menunggu...terima kasih atas sokongan kalian...
walau tak pernah bertemu...budi baik kalian amat teman hargai.


Jika kalian punya ruang & waktu..
dan masih mahu meneruskan ukhwah kita..
carilah teman di facebook... https://www.facebook.com/sparklemaneh
hulurlah salam kenalan anda di pm facebook teman dengan menggunakan nama pena blog kalian..



Mengakhiri entry kali ini...



 kami..



 makcik diva yang tak pernah tenggelam dari ke"glamor"an....




adik & Abam Mat yang setiap hari mencipta pelbagai corak permainan...


beserta...




 progress terkini "impian kami"...




Terima kasih semua atas sokongan & kasih sayang...
moga Allah jualah yang dapat membalas kasih sayang kalian semua..Amin.