Ahli Kelab Kad !!

Nov 5, 2013

Home » , , » Cerita Deepavali

Cerita Deepavali






Mesti pelik kan tengok time publish entry ni pukul 12 :43 pagi..
betul tu..ini aje masa yang lapang nak ngadap pc..
time siang tak berapa cukup masa lapang nak hadap pc..
banyak acara siang..hahahahaha




Weekend baru ni..kami menerima kunjungan tetamu dari jauh dengan berlapang dada & tangan terbuka..
ipar-duai,MIL serta mak & abah memenuhi undangan kami melepak di Taiping sempena Deepavali..
berehat di Chalet Sri cempaka sambil ber-bbq kambing..bersama menambah kolesterol..
(tak pastilah sapa yang raya sebab kami-kami yang lagik sakan panggang kambing)




Tadak masa pegang kamera bila orang yang selalu amik gambar terpaksa mendukung cik Adam yang buat mogok takmo orang lain dukung..
sakan sungguh buat perangai la anak bujang sorang nih..apa nak suruh muscle lengan umie tambah bouncing ka?





gambaq pinjam google..sib baik la!
Chalet Sri Cempaka,Kg Sempeneh Cempaka,Batu Kurau





Sungguh..tempat ni dalam kampung habaq hang!..tak main-main..betoi best walaupon memula macam nak sesat sebab tak tau jalan..hahahaha..
nasib baik owner chalet En Zul,(017-5432168) baik hati nak bagi tunjuk jalan walaupon line telepon serupa asap..sat ada..sat tadak!
gigih la dok pandang kiri-kanan nak kasik landmark supaya En Zul tau kami duk kat belah mana..
sebab bawak budak kecik mai datang berkelah..kami decide takmau tidoq kat chalet..takat datang mai hari ja..amik bilik besaq yang boleh buh tilam queen 2..tilam single 2..depa cas rm50.ok apa..
nak habaq awai-awai..tempat lagu ni tadak aircond sebab kat situ aircond oksigen free..hahahahah
paling best..owner siap sediakan tempat utk bbq sekali dengan peralatan..habaq ja kat owner nak pinjam..tapi tang makanan tu bawak sendiri la..
tempat ni jugak rupanya bebudak sekolah selalu buat kem..
tak kisahla kem pengakap ka..ranger puteri ka..kem motivasi ka...
owner siap buat tempat utk pacak khemah hangpa tau..ada jugak dewan terbuka..











tak best?..best?..tak best?..best?..
ayaq terjun dia tuuu diaaa sejuk!!...gigil hangpa tau.nak pi tengah ayaq pon pikiaq seploh kali..nak pi kaa...takmo..kalo pi satgi,..takut ketaq trus jadi beku.hahahahahha
tapi sebab pegang budak kecik..takat buleh mandi tepi ja la..hangpa ingat Adam nak kasik umie dia lepas pi masuk dalam ayaq?huurrrmmm..memang tak dapat la..
bukan main suka lagik adik & abg dapat pi mandi sungai..
jerih ajak Abam Mat keluaq dari dalam ayaq..bibir dah ketaq tapi buat keras kepala lagik..
mentang2 la umie takat boleh jegil & kuis2 lengan hang ja..nak cubit satg kang..takut opah & uwan nampak..hahahahaha
alhamdulillah..kawasan air terjun ni masih terpelihara dari pencemaran..
rasanya penduduk kampung tu memang pakat jaga kawasan ni.kawasan lagu ni boleh dijadikan tempat tarikan pelancong cuma jauhh sikit la..





Balik dari berkelah...malamnya dua beradik ni pakat demam..
ahh...sudah.tu la.petang tadik kemain sakan duk dalam ayaq..cakap pon kemain banyak tak berhenti-henti..
menjerit tak abes-abes..kot ye pon hang seronok..tak payahla jadi part-time tarzan kan...
maka,...since 2hb aritu..bermulalah agenda demam secara berduet adik-beradik...






 tak laratla nak tidoq atas..kita tidoq bawah sudah la..
senang nak pi bilik ayaq..nak pi peti ais cari ubat demam..pi minum ayaq..
ni dialah penangan seronok sangat..
yang Abam Mat demam sebab sakan sgt duk dalam ayaq + bercakap banyak sangat..
yang adik pulak demam..tak dapat detect sebab apa..
sampailah umie terperasan kejadian nih semalam...






tu dia....adik oii..
hang nak mula merangkak dah ka?
bukan baru lepaih tumbuh gigi ka aritu?
awat lekaih sangat ni?...






dan macam biasa bila melayan orang demam nih..
kena redha dengan setiap channel yang depa tengok..
walaupon dah cemuih tengok zirapah kaki gajah tu joget dah dekat lapanpuloh kali sehari..
la ni payah sungguh nak buleh amik gambaq Abam Mat sekeping...
tak tau la awat anti-kamera sangat..
sejak-sejak dah "hebat" sangat bercakap ni..kekwat sungguh bila umie hala kamera kat dia..






hat sorang ni pulak..
sat-sat tengok macam kulit dah gelap sikit..
sat-sat tengok macam putih sangat..
bukan putih susu tapi..tak tau la putih apa..
putih-putih melati boleh?
posing mesti mau ala-ala korea..
ambik hang terkenan sebab umie hadap drama korea ja!!




* entry yang kekunonnya nak guna bahasa melayu baku..
menjadi loghat kedah yang lintang-pukang..
tak kisahla habaq ang..




Salam Maal Hijrah buat semua




3 comments

Nov 5, 2013, 2:10:00 AM

wah!!!
berjalan sakan ye deepavali nie..

Nov 5, 2013, 2:28:00 PM

Huihhh beshh ada sungai! Ni yg tergoda nih!
Amboi entri kali ni pekat la pulak loghat utagha dia, hahaha! Rasa macam tersilap rumah ja masuk tadi, betoi ka blog Nini, hahahaaa!

Nov 11, 2013, 6:30:00 PM

Demam berganti2 pulak. Tapi antara dua peserta. Akak ni dok berganti2 jugak tapi akak sorang ja. Baru dua hari elok demam, demaaaam balik. Alhamdulillah kali ni dah elok. Entry kali ni puas tengok gamba budak2 tu. Rinduuuuu.

Post a Comment