Ahli Kelab Kad !!

Jan 20, 2014

Home » , » Meneruskan kehidupan

Meneruskan kehidupan





3 minggu ni..merupakan minggu stress kami..
sangat stress yang mana mengocak sedikit limit kesabaran yang kami ada...
tapi..kami masih cuba untuk tersenyum walau pahit rasanya...
masih cuba bergelak ketawa walau sumbang bunyiknya..
mujur..dalam kepayahan ini..."sesuatu" yang kami nantikan berjalan lancar..
"sesuatu" itu..insyaAllah,dalam tempoh terdekat akan teman kongsikan dengan kawan-kawan..
biarlah rahsia dulu untuk seketika....
jadi,..walau dalam kepahitan kami masih boleh menghumbus nafas lega....moga perjalanan "sesuatu" itu berjalan lancar hendaknya..Amin
bila stress macam ni,..rasa bersyukur sangat sebab kami masih punya cara untuk meringankan rasa stress tu..
cara mudah yang tak memerlukan $,tak perlu melalui tol,tak memerlukan belanja untuk makan kerana kami membawa bekal...dan cuma 14km aje dari Taiping.







Kembali semula ke acara menangkap anak ikan.rasanya lama jugak tak buat aktiviti nih.yelah..."berpantang" sebab teman mengandung.sekarang ni petak sawah sedang dikeringkan airnya.boleh nampak juntaian padi semakin menguning....tak lama lagik,..sibuklah empunya petak menuai hasil padinya.







Anak beranak yang gigih dok pindahkan anak ikan.acara menangkap anak ikan seluang.bila pesawah keringkan petak sawah,...semua anak ikan akan masuk ke tali air.jadi,memang boleh nampak banyakkkk sangat anak ikan.senanglah acara menyauknye.










Kalau beli di kedai akuarium...sehengget dapat 10 ekor aje.tu pon saiznya tak stendet.kalo tangkap sendiri,free ajer.tangkaplah banyak mana pon yang kita nak.siap boleh simpan dulu buat stok makanan ikan.oh ye,..ikan-ikan ni ditangkap bukan untuk buat makan.sebaliknya untuk makanan ikan ketutu cik abg teman yang ada tak sampai seploh ekor kat rumah tu ha...oh,jari gebus tu bukan kepunyaan teman sebaliknya kepunyaan anak bujang teman...Abam Mat.










Teman dulu ghajin jugak join aktiviti sauk menyauk ni.takdelah sampai turun masuk tali air..cuma tukang sambut sauk dari tepi tali air ajelah..pada teman aktiviti ni seronok.tak stress dan kita enjoy dalam cara kita sendiri..tapi,kali ni tak dapek la nak tolong sambut jaring sauk tu...









Teman bertugas di tepi kereta aje.risau kang kalo sesama tolong sauk anak ikan, ada pulak anak orang yang berenang-renang sama dalam tali air.satu keje pulakkk..elok-elok datang pakai baju,..balik kang ada pulak yang bogel ajer.kalo setakat anaknye aje tak berbaju tak ngape jugak.ni kalo maknye sekali tak berbaju,..masakk!! hahahahah...cik adik ni tengah sakan nak berdiri.mana yang dia boleh paut,..semua dia layan.tengoklah kaki karipap dia tuu..hari-hari kene gigit dengan teman.








Hahahahah..jangan jeles dengan ketembunan pipi kami.ginilah kekdahnya bila 3x sehari makan nasi + eksesais takat skipping aje.pipi adik tu takpe.lagik tembun,lagi teman suka.biar terbenam hidung bila cium pipi dia.nampak tak pemandangan kat belakang tu?...haa,sila jangan jeles.saya bangga dapat menetap di daerah yang ohsem dengan pemandangan.Taiping most wanted yaw!














" Disebalik keramahan & sikap mesranya..tersimpan jauh di sudut hatinya seribu satu kesedihan.Dengan kepayahan, dia membina benteng emosinya agar kepiluan itu tak terukir diwajah".



bila sekali sekala budak medic buat quote gini dalam instagram dia buh gambo teman hitam-putih,..tetiba rasa tacing sangat..

4 comments

Jan 20, 2014, 9:56:00 AM

Alahai.... kenapa wehh? Encik Doktor kenapa?
Ko preganant ye? Whasapp la aku....

Jan 20, 2014, 11:06:00 AM

uiissshhh...tempoh pregnen tutup dulu.bos xbg approval.hahahaha

Jan 21, 2014, 9:26:00 AM

Salam Nini. Ya Allah dik. Akak mintak maaf sangat sebab tak berkunjung lebih awal ke sini. Kenapa Nini? Kalau nak pinjam bahu akak ni untuk bersandar boleh. Kalau nak tepon pun boleh. Cakap je apa akak perlu buat untuk ringankan beban yang dipikul.
Dari penghujung 2012 akak sangat2 diuji. Sampaikan akak mula sangsi pada sifat Allah yang Maha Penyayang. Rasa macam terlalu banyak dosa akak hingga Allah tak sayang pada akak. Tapi minggu lepas terjadi sesuatu pada akak yang buat akak tersedu2 menangis kerana akak dapat rasakan kasih sayang yang sangat2 melimpah ruah dariNya. Jangan putus harap ya dik. Dulu orang selalu cakap akak istimewa sebab selalu diuji. Hari ni baru akak faham. Sebenarnya akak dapat rasakan dari mula kita kenal, Nini dan famili juga sangat istimewa. Allah sangat sayang pada Nini.
3 perkara sunat yang akak tak pernah tinggal sekarang (mungkin Nini dah lama amalkan ni, akak je yang lambat sikit)iaitu solat tahajjud, solat sunat sebelum subuh dan solat dhuha. Lepas seminggu akak amalkan semua tu, akak rasa lebih tenang dan masalah yang dulunya terlalu membebankan sehingga akak hampir sakit semula, tidak lagi mengganggu jiwa. Hati kita milik Allah. Hati orang lain juga. InsyaAllah bila Dia beri kita ketenangan hati, semuanya akan jadi mudah. Akak sekarang ni menangis2 bersyukur pada Allah walau apa yang Dia beri walau dugaan sekalipun. Sayangnya Dia pada kita kan dik. Alhamdulillah.

Akak doakan Nini dan keluarga sentiasa dalam lindungan Allah dan di dalam limpahan rahmatNya. Amin.
If you need me, I'm just a phone call away ya, dik. (meleleh dah airmata)

Feb 16, 2014, 11:48:00 PM

Kak nini..kenape kah.. harap semuanya baik2 je..

Post a Comment