Alhamdulillah,syukur dengan izinNYA kita semua masih bernafas lagi hingga ke hari ini.maaflah lambat publish entry tahun barunya.semalam lagik sepatutnya nak publish entry ni tapi...ada pulak kes lain yang jadi.ginilah kekdahnya kalo nak berkarya sambil ada 2nd director duduk kat sebelah.tak perasan apa punat yang ditekan dek Adam,..tau-tau hilang dah semua cerita yang udah teman taip semalam.kalo setakat hilang cerita tu aje tak apa lagik..rupa-rupanya ada jugak satu dua entry yang dah di publish dulu turut terdelete termasuklah entry pasal Abam Mat konvo aritu.nak nangis kuat-kuat rasanya.uwaaaaa!!!!! seksa hoke! Adik ni lain macam sikit berkepitnya.berenggang lansung takmo.tahan dia duduk dapur berpeluh-peluh jadi bodyguard time umie dia masak.tu blom masuk lagi cerita umie dia tetiba kes emergency nak masuk bilik air.terpaksa jugaklah angkut adik sekali tapi kene tinggal depan muka pintu bilik air ajelah.melalaklah dulu kat situ.umie tak boleh bawak kamu masuk sekali.hilang feel nanti.kihkihkih
Berbalik semula kisah orang masuk sekolah..seawal pukul 6.20pagi lagik adik dah bangun.dialah selalunya yang jadi wakil jam loceng kejutkan teman.alarm hp berbunyik,dia pon celik.orang yang sepatutnya bangun nak pegi sekolah rileks aje lagik tido.adik jugak yang lebih dulu mandi dan bersiap dari Abam..maka,tak pepasal..pepagi hari lagi teman dah berlengas menguruskan dua beradik nih & terpaksa mandi sekali lagi.punyalah banyak sangat drama *tak jumpa berus gigilah..air kolam sejuklah* pukul 8.25pagi baru teman berjaya panaskan enjin kereta.mujurlah 2hb tu cuma pendaftaran aje.kalo tak,free ajelah hari pertama mula sekolah dah datang lambat.hahahahahahaha
Tahun ni ayah upgrade suruh Abam pegi sekolah pakai stokin & kasut sekolah.tujuannya supaya Abam boleh biasakan diri pakai kasut pegi sekolah.yelah,tahun depan Abam dah masuk darjah 1.takkan la nak pegi sekolah kebangsaan buat sempoi pakai selipar.gigihla ayah ni carikan kasut sekolah banyak lubang ekon untuk Abam Mat.kalo tak salah rasanya rm11.50 sepasang.hahahaha..nasiblah Abam tak banyak soal.kalo tak,masaklah nak bersoal jawab.Abam Mat dah banyak cakap sekarang ni sampai tak larat nak jawab soklan-soklan cepu emas dia.dalam gambar Abam nampak berisi & besar?? ohh..sepanjang cuti sekolah aktiviti Abam Mat cuma makan..kayuh beskal..makan lagik..kayuh beskal balik & menyakat adik.baju sekolah sendat ttuuu.
Abam Mat masih meneruskan pembelajaran di PASTI untuk tahun ini.teman ada memohon kemasukan pra di sekolah yang telah teman daftarkan untuk darjah 1 nanti tapi malangnya Abam tak layak.yelah,kelas pra cuma ada 1 kelas & menempatkan 25 orang murid sahaja.mesti ada tapisan permohonan kan.takpelah.lagipun setakat ni,teman & cik abg memang sangat berpuas hati dengan prestasi pembelajaran Abam Mat di PASTI.bilangan anak murid dalam satu kelas jugak tak ramai dalam 16 orang murid sahaja.kata cikgunya,senang nak pantau & bagi lebih tumpuan pada pelajar yang ketinggalan.eh,lupa nak tanya.yuran sekolah anak-anak korang macam mana?mahal tak atau pada pandangan korang berpatutan? so far dah masuk tahun ke 3 dengan PASTI,yurannya sangat ok! ramai sangat kengkawan kat pesbuk buh status pasal tak puas hati dengan yuran taska/tadika yang dikenakan.tu tak termasuk yuran transit lagi kan.syukur teman tak payah bayar transit sebab teman sendiri drebarnya.claim aje duit "tol" dengan cik abg.hahahahaha
Abes sesi mendaftar,balik rumah bagi Abam tukar baju.terus pulak pegi melawat Tesco.dah masuk tahun ke 3 belajar kat PASTI tapi gambar sekeping pon tak pernah bagi pada cikgu untuk rekod biodata murid. *nampak sangat pelupanya umie kamu ni* kata cikgu,gambar tu nanti akan ditampal dalam sijil tamat sekolah nanti.jadi,terpaksalah jadi gagah angkut 2 hero ecik ni pegi tesco sendiri.
Seksa lara nak suh Abam Mat tengok kamera.ntah hape yang dia anti sangat dengan kamera tu pon teman tak pasti.malu sangat nak pandang.sampaikan teman terpaksa berdiri tepi Abam supaya dia tak segan sangat.sekejap-sekejap sengetkan badanlah..senget kepala la sampaikan adik yang nak amik gambar tu nak stress.hahahahahaha
At last,..anak bujang teman! kata ayah,.. "nampak sangat tak mesra kamera Ahmad ni"
amboiiii...macamlah yang bercakap tu "MESRA" kamera sangatkan..haahahaahaa. Adik Adam,sila amik banyak-banyak gen umie yang tersangatlah mesra kamera ni ye.dek kerana jadual teman aritu penuh maka,..chef mengisytiharkan dapur ditutup.semua jemaah sila makan proceed ke kedai.
Balik dari tesco terus mandi.baring golek-golek dengan 2 bujangan ni sambil tengok drama Filipina tv3..tau-tau semua dah pengsan.
Abam Mat yang nampak sangat letih.tu blom mula sekolah lagik.tunggu ajelah bila sekolah dah mula & kelas iqra dah mula..mau tetiap hari Abam ni tido petang.
Tido secara berjemaah cuma adik aje yang kene naik penerbangan.bangun dari pukul 6.20pagi..pukul 10pagi dia terlelap 10 minit pehtu pukul 3 ptg baru tido semula.abes dah la tu tenaga diguna pakai.
Letih sangat memasing tapi yang over letih mestilah adik.dah la bangun awal.lepas tu pegi sekolah Abam cuma dapat tengok aje Abam & kengkawan Abam main larik-larik.adik nak join main tapi malangnya had umur tak cukup lagik.kihkihkih.redha ajelah dia berdukung sambil pipinya asyik kene cium dek peminatnya yang ramai.hahahahahah. itu ajelah sikit sebanyak cerita orang masuk sekolah balik.next entry nanti baru teman cerita pasal masalah pc gabaks pulak eh..sadis.
oh lupa,...perasan tak coloum ni pada blog teman.haaa..ni actually projek sebelum pc gabaks masuk workshop aritu.jadi,tergendala projek ni buat seketika.later2 la baru boleh sambung.jadi,jangan pelik je kalo tengok ntah hape-hape yang ada kat dalam tu.under construction.
status abes jiwang 1 Januari 2014..
4 comments
uwahhh..
aku baca dengan intonasi yang tenang,..tapi part last sekali terus ribut topan..hahahaahaha
apapun selamat tahun baru, nampaknya ko tidak bertapa ilmu persilatan..tapi ko pergi shooting drama,patut la sdah start drama ..hahahaa
lol
Comelnya Adam. Yg paling tak tahan statement bawah sekali tu yang dilampirkan genggaman erat sepasang tangan. InsyaAllah
wahhh tahun ke 3 ... goodluck abam mat ...
Happy new year...rasanya belum terlambat nak ucap..:)
Hujung tahun hari tu kami gi Taiping 3 hari 2 malam...teringat kat awak sefamily...mana lah tau kot2 boleh terserempak kat medan makan belakang bomba ke...kat doli ke...hahahaha
Abam Mat segak dgn songkok tinggi ala Johor! :)