4 tahun menyewa di rumah ini...
terlampau banyak pahit manis yang kami harungi...
baik dari segala masalah wiring..tempias hujan..
semuanya kami hadapi tanpa komplen...
tanpa tuntutan semula pada tuan rumah...
kerana apa...kerana atas dasar tak mahu dikatakan terlampau berkira...
4 tahun menyewa...tanpa awning..tanpa apa-apa kemudahan yang tuan rumah sediakan..
namun kami bersyukur seadanya...~ sebab sedar diri tu menyewa ajer~
tapi bila bulan 8 aritu dikau tanpa segan silu menaikkan sewa rumah rm100 lagik...
kami juga menjadi tidak segan silu untuk
menuntut ganti rugi setiap perkara yang perlu dibaikpulih dirumah ini...
tapi malam Khamis lepas....
dengan tegarnya dikau menghalau kami keluar dari rumah ini
hanya kerana tuntutan rm100 yang kami kemukakan....
tahu tak dikau wahai tuan rumah,..dek kerana fius utama yang terbakar..
kami anak beranak tidur bergelapan malam tuh!!!!
tapi dikau silap wahai tuan rumah.....
Allah sentiasa melindungi hambaNYA yang ditindas...
terutama ditindas oleh orang seperti kau!!....
alhamdulillah.....memang rezeki kami...
hari Sabtu kami dah dapat rumah sewa yang baru...
yang terletak cuma di deretan belakang rumah sewa sekarang....
dan tuan rumahnya lebih berbudi pekerti berbanding kamu..
hebatkan kuasaNYA.....
jadi..jangan takut wahai tuan rumah....
takkan daku rosakkan walau sedikit rumahmu ini...
takkan daku bom rumahmu ini sebagai tanda sakit hati yang tak terperi...
tidak jugak daku sub-contract tugasan menconteng dinding pada CikMat...
kami orang bermaruah...berbudi pekerti...
mana mungkin kami ingin menjadi seperti kamu..
sebaliknya.....kita tunggu aje balasan dariNYA....
nantikan saja hujung bulan November nanti....
kami akan keluar tanpa disuruh..
setelah abes semua duit deposit kita burn..hokey!!
deretan kotak yang menanti untuk bertugas....
ibu mengandung tengah ekjass pinggang supaya tak menderita masa nak packing barang nanti..
time mengandungkan CikMat dulu....
teman berpindah rumah jugak..
dari Kuala Selangor ke Sungai Buloh...
kali nih time mengandungkan adik CikMat pon..
kami berpindah lagik....
kompem merana pinggang teman nih tetiap malam..
hahahahahaha
tunggulah rumah teman siap nanti......