Ahli Kelab Kad !!

Nov 28, 2011

Home » » Daging black Pepper

Daging black Pepper

menu pilihan tekak teman & cik asbenn....
menu simple,senang & sedap!!
sedap pada tekak kitaorg la..
hehehehehe....


ok..ok..
meh kita masuk dapur meh...


bahan-bahan yang diperlukan :

 daging lembu ( ikut le ramai mana org yang nk makan)
lada benggala hijau,merah,kuning TAPI...
teman tak suka lada benggala..
teman gantikan dengan lada merah,karot,daun sup&daun bawang.. (sumer potong memanjang)
lada hitam ready made
sos tiram
kicap manis
sesudu dua tepung jagung untuk pemekat kuah


daging tadik dipotong nipis  (potong melawan urat supaya daging tak liat)
lepas dipotong & basuh..
perlu ditoskan sekejap dalam 15minit..
ni untuk mengelakkan terlampau banyak air daging keluar masa menggoreng kang..

panaskan minyak..
sila pasang api sekuat hati yang boleh...
daging tadik gaulkan dengan sedikit garam..


memandangkan daging tadi dah dipotong nipis..
proses menggoreng tak mengambil masa yang lama...
dalam 7 -10minit aje..
nampak daging dah garing sikit...
bolehla angkat daging yang digoreng..


daging yang dah siap digoreng tadik..



lebihan minyak menggoreng tadik..
harus dikeluarkan sikit ye..
tinggalkan kuantiti minyak dalam 3sudu besar ok..

 masukkan lada hitam,....
goreng kasik naik bau lada hitam...
pehtu masukkan lada merah & karot..
kemudian masukkan sos tiram & kicap manis pulak..
jangan masukkan banyak sangat..
cukup2 untuk kuantiti daging yang digoreng tadik...
kemudian boleh masukkan gula/garam..
ikut kesesuaian rasa anda...
jangan masuk garam byk ye sebab tadik masa menggoreng daging,..
kita dah gaulkan garam dengan daging..


lepas tu,..
masukkan daging yang digoreng tadi..
kacau sebati kemudian masukkan sedikit air..
biarkan mendidih..
kemudian baru masukkan lada benggala (kalo korang guna lada benggala)
dan bancuhan air tepung jagung..

bila nampak dah pekat..
boleh tutup api & taburkan daun sup& daun bawang


siap!


sekian sesi kelas perot .

13 comments

Nov 28, 2011, 1:56:00 PM

laparnyer...tengok daging masak black pepper nie buat GK terliur je

Nov 28, 2011, 2:44:00 PM

perghhhh...dasat! nnti aku dtg umah ko boleh ka masak sedap2!

Nov 28, 2011, 9:50:00 PM

perghh mlm2 tgk daging msk cenggini mmg mendidih perott

Nov 29, 2011, 11:02:00 AM

kelas perot ko ni mmg wat aku lapo.. lapo je manjang..

Nov 29, 2011, 11:19:00 AM

sedapnyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa......

terliur tahu tak????

huhu....

Nov 29, 2011, 11:45:00 AM

GK : meh makan meh..

Nov 29, 2011, 11:45:00 AM

kak Z : ko bgtau sesiap nnti ko nk aku masak apa ;)

Nov 29, 2011, 11:46:00 AM

hitamanis : melompat lemak jugak! haha

Nov 29, 2011, 11:46:00 AM

eda : ko memang suka kan tumpahkan air liur atas laptop :D

Nov 29, 2011, 11:54:00 AM

dah meleleh dah air liur akak tgk lauk ni.. marvelous...

Nov 29, 2011, 12:14:00 PM

ehhh.. ada bakat laaaaaa... jarang2 kot nampak entry kelas perot kat sini.. well done :)

Nov 29, 2011, 12:25:00 PM

kak Fea : cepat lap!!

Nov 29, 2011, 12:25:00 PM

mekchu : bukan takmo kasik resepi tapi malu sbb semua resepiku simple2!!

Post a Comment