Ahli Kelab Kad !!

Nov 26, 2011

Home » , » Setahun yang berlalu..

Setahun yang berlalu..

sekejap aje rasanya masa setahun tu berlalu....
dalam tempoh setahun tu..
macam-macam perkara yang boleh terjadi...
tak mau mengambil contoh daripada pihak yang lain...
teman ambil pendekatan dari apa yang terjadi pada kami sekeluarga khususnya...


dalam usia setahun yang berlalu....
memberikan kami pelbagai rasa kehidupan..
kebahagiaan...kegembiraan...kepahitan..air mata..


dalam usia setahun yang berlalu...
berjaya mengeratkan silaturahim antara ibu,ayah & anak yang sekian lama renggang...
yang mana berjaya memadamkan airmata yang sekian mengalir dimata & dihati seorang ibu & ayah..


dalam usia setahun yang berlalu...
memberikan kami masa & peluang...
yang mana...
lebih mematangkan kami...
dalam mengemudi kehidupan kami....
ke arah yang lebih baik & diberkati...


dalam usia setahun yang berlalu..
kami sekeluarga menerima berita gembira...
tapi kegembiraan itu ditarik balik olehNYA dengan penyakit yang mendatang....
walau hati walang menerima takdir ini tapi redhalah wahai hati...


dalam usia setahun yang berlalu...
membuatkan kami...
lebih menghargai hati-hati insan kesayangan..
yang mungkin tertores dengan kata2 & perilaku kami...
yang kami lakukan tanpa sedar...


moga dengan kehadiran tahun baru ini..
memberikan kami lebih peluang & masa..
memperbaiki kelemahan diri...
memperbaiki kekhilafan kami...




Salam Maal Hijrah buat seluruh umat Islam..
Semoga hari ini lebih baik daripada semalam.....


4 comments

Anonymous
Nov 27, 2011, 12:20:00 AM

Kak nini, saya ada email akak td. Baru je. Akak cek + reply yeh. Tkasih.. >Siti

Nov 27, 2011, 6:17:00 AM

salam maal hijrah.. moga tahun ni akan lebih baik pade tahun lepas

Nov 27, 2011, 10:11:00 AM

Selamat menyambut Maal Hijrah yer...
moga kita akan menjadi lebih baik lagi....amin.

Nov 29, 2011, 11:07:00 AM

slamat tahun baru... =D

Post a Comment