Ahli Kelab Kad !!

Sep 14, 2011

Home » » Samosa Daging

Samosa Daging

okeh...
sesi kongsi ilmu...


Samosa Daging


darling-darling,..
resepi ni main ikut suka hati teman aje...
ni versi ikut sedap tekak...


ramuan utama :
daging cincang - semangkuk kecik atau ikut suka hati
selabu bawang besar - potong dadu
seulas dua bawang putih - kasik cincang
2 -3 biji kentang (kalo kentang saiz kecik) - potong dadu
kulit popia saiz besar
cili boh dalam sesudu dua
rempah kari daging - tengok byk mana kuantiti daging cincang ( bancuh sesiap rempah ni dgn air )
garam & air
daun bawang racik - kalo nak


sesi masak :
~*  tumis bawang besar,bawang putih & cili boh sampai garing & masak
~*  masukkan bancuhan serbuk kari daging tadik
~*  kacau-kacau sampai garing sikit & naik bau
~*  masuk daging cincang.kacau-kacau pehtu masuk air
~*  masuk pulak kentang dadu tadik..pastikan air yang korang bubuh tadik menenggelamkan kentang
~* buh garam sikit..sape2 nak buh gula sikit pon boleh
~* tutup periuk.masak sampai air kering,daging & kentang tadik masak
~*  rasa la sikit..kalo semuanya ok..kuah dah kering.bolehle tutup api.
~*  buh dlm mangkuk.gaul dgn daun bawang racik tadik.


sesi bungkus :
kalo nak lebih cun melecun...
korang tengok aje video nih..



paham tak?...
okeh...
abes dah sesi kelas main masak-masak arini.










3 comments

Sep 14, 2011, 1:29:00 PM

mekasih!!! i bookmark skang jugak!

Sep 14, 2011, 2:30:00 PM

oit senang je ek ... aku ingat punya la payah nk inti die....

balik karang pun leh buat ... kena beli kulit popia la ni

Sep 15, 2011, 6:09:00 PM

daging tu tuko ayam buleh kan.. nampak sedap je.. tp kalau tinggal ngap lagi sedap kan.. hehhehe..

Post a Comment