part-time hujung minggu dua beranak.....
kebun belakang rumah tu dah serabut sangat...
teman tak berapa ada banyak masa nak ngadap pokok-pokok...
mana yang patut kene trim..kasik trim satu kali...
asisstant seluar merah memang setia membantu...
membantu tambah menyepah...
daddyziyyad,....cenggini eh cara untuk melobangkan bekas polisterin tu...
fungsinya....untuk saliran pengaliran air....
lepas tu bolehla bubuh tanah..
had tanah yang dibenarkan bubuh adalah 1/2 daripada bekas polisterin....
bila dah sebulan camtu..baru tambah lagik tanah jadi 3/4 daripada bekas polisterin...
anak pokok keladi nih bukan pokok keladi biasa..
sebaliknya keladi cina yang mahal & sedap digoreng tu...
camne dapat anak pokoknya?
beli keladi lepas tu pepandai sendiri ikhtiar cara nak dapatkan anak pokoknya bercambah....
hahahah...
setakat ni ada 9 anak pokok yang sedang membesarrr......dan bukan untuk dijual...
lepas ni tak payah beli dah keladi cina yang kemain mahall harganya tu....
inilah rupanya setelah selesai sesi overhaul....
nyaman sikit mata nengoknya....
daun kunyit tu memang saje ditinggalkan macam tu...
feeling bajet macam tanam sayur sawi....
ohh...lupa pulak nak kenalkan dengan new family member kami...
baru hari Jumaat aritu amik kat rumah perhentian setempat....
angsa sepasang.....kecik lagik...
comellll je tapi teman ni tak berapa berani takut dengan angsa..
sebab masa kecik-kecik dulu pernah kene kejar dengan spesis diaorg nih..
serammmmm!!!! hahahaha
mereka bakal bertugas menjaga keamanan di rumah hijau...
acik dobot dah hand-over tugas megawal kat sana pada diaorg...
maklumlah...acik bizi entertain adik Adam..
mana lagik nak cover job sebagai wakil rakyat lagik....
tu pasal kene carik pengganti buat kawalan....
8 comments
lpas ni kompom pnuh blakang umah nnti..
bleh akak buka gerai dpan umah nnti :)
Nini, geramnya kakak tenguk daun kunyit awak tu.. kakak ada try tanam daun kunyit dalam pasu.. aduihh ceding je dia idup..sekarang dah innalillah.. rasa nak cuba tanam lagi lah..huhuhuhu..
hohohohoho..dah kemas segala2 nya
jaki betul tengok pokok kunyit tu..angsa..nasib baik tak buh kat umah..kalau x memang tak singgah la umah ko nini..hahahaha, kemain acik dobot..bakal pemimpin kaum kerabat meow..patutla diva bagai..hahahaah
Tn doktor Nini tu memang rajin sungguhlah. Kalau kakak ruang rumah besar macam Nini nak juga buat macam tu. Suka bila pokok dan besar - puas tengok.
Angsa kalau dah besar bising tau Nini..
wahhh siap bela angsa tu ... hebat betui la .. tak sabo nk nengok 2 ekor tu bertukar jd white swan yg gorjes ..kecik2 cam cite the ugly duckling
Pokok2 tu dah biasa tengok tapi ni dah ada angsa la pulak, fuhhh! Nanti dia besaq..takut la, ada reban eh?
Ingat nanti nak bercucuk tanam pakai polisterin jugakla kat rumah baru. At least tanaman utk memasak ni senang capai mcm kunyit, cekur,daun kesum (pokok yg senang hidup).
Rumah hijau masih beroperasi eh? Lama x dgr cita psl rmh hijau tu. Ingatkan lps pindah rumah, dah x operasi rmh hijau tu.