Ahli Kelab Kad !!

Mar 15, 2012

Home » , » Kumbang & Bunga..

Kumbang & Bunga..







4 hari  menjeruk perasaan...
bila sang suami lebih cintakan HOSPITAL berbanding isterinya...
hingga terlupa menelefon bertanya khabar isteri & anak tercinta di rumah..
pesakit tak putus-putus datang....
hingga tiada masa melepas lelah sendiri katanya....
~ empat.hari.hati.isteri.sentap.tapi.mulut.tetap.senyap. ~




pagi ni sang suami kembali ada di rumah..
tanpa dipinta mahupon di suruh..
  berbaik hati menyediakan sarapan pagi buat isteri & anak...
dengan memakai apron yang lebih labuh dari seluar tidurnya....
oh suami....
kamu kelihatan sangat perkasa!!





haruslah hati ini terubat sentapnya....
bila sang suami memahami hati isterinya yang sentap dalam diam...
~ inilah dugaan pahit manis bergelar isteri seorang M.O ~






6 comments

Mar 15, 2012, 1:16:00 PM

jiwa harus kental kalo 4 hari baru balik umah..

part apron tu aku rase nak gelak.. hehhe..

Mar 15, 2012, 1:16:00 PM

same goes to suami seorang M.o , sampai dia menjeruk rasa (nasib baik dah tak de oncall skrg)

Mar 15, 2012, 1:47:00 PM

Betapa sang suami harus dipuji tinggi. Kalau kakaklah Emy abang boleh masuk dapur senyum kakak sampai telinga agaknya (sebab tak pernah pun)...

Kena understanding kerja dia amat diperlukan masyarakat...

Mar 17, 2012, 6:13:00 PM

pakai apron...perkasa...hehe

Mar 22, 2012, 7:57:00 AM

Tak pe. Akak pasti Nini juga berkongsi pahala suami yang berganda2 tu sebab sabar dan mengurus rumahtangga bila dia sibuk membantu pesakitnya. InsyaAllah.

Mar 23, 2012, 2:49:00 PM

Nini dah tanggungjawab dia...Nak buat lagu mana..Nini bertuah tau....hahaha gelak2 bab apron panjang dari seluar tidur....

Post a Comment