Ahli Kelab Kad !!

Mar 4, 2012

Home » » Kejiranan..

Kejiranan..





hujung minggu yang terlalu bizi..
menyebabkan teman tak berkesempatan menghupdate blog..
berturut hari kenduri akad nikah & kenduri kawen di kawasan kejiranan teman....
ada 2 keluarga menerima menantu baru...
tahniah buat mereka....


dah menjadi adat kami di sini...
sekiranya majlis kawen tu perlu bergotong royong...
kami semua akan bersama turun padang memasak & menyediakan hidangan....
kerja yang susah & memerlukan tenaga yang banyak..
menjadi mudah & ringan bila semuanya bergotong-royong...
baik dari memotong bawang..
sampaila ke agenda menyental bontot periuk...


macam-macam menu ada....
kurma kambing, ayam golek, acar buah,..
laksa, sup kaki ayam, daging masak lemak cili api...
sebut ajelah!!



jangan kata setakat tolong memasak....

tolong pegangkan bunga manggar pon bolehhh.....



 inilah geng-geng Ketapang 89 teman...
dalam semua pasangan Ketapang nih....
teman & cik asbenn la pasangan palingggggg muda...
ahaks!!



umur tak pernah membezakan kami sebab....
semuanya berjiwa MUDA !!!
inilah sebabnya hati teman tertambat di sini....



apa maksud Ketapang 89 tu?
" Keluarga Taman Panglima Lrg 8 & 9....."



14 comments

Mar 4, 2012, 10:56:00 PM

wah3.. bestnye rewang. pakatan orang taman ! wah2. sekarang ni ramai pakai catering. senang. tpi orang kata rewang ni lagi bagus. mengeratkan silaturahim .huhu.. bestnya p knduri kawin.. makan2.. lauk tu.. banyaknye !!! mesti sedap2 :)

Mar 5, 2012, 7:16:00 AM

cayalah ketapang 89!

Mar 5, 2012, 8:56:00 AM

aku tabik sama ko .. jranag la ade org muda cam kite nk berewang gitu .. tak yah bg contoh lain .. aku jee.....

Mar 5, 2012, 10:30:00 AM

Salute kakak melihat semangat yg ditonjolkan. Mesti meriah dan banyak cerita menarik masa bersama membuat kerja. Kakak panggil 'rewang' kerjasama dari belum majlis sehingga majlis selesai...

Best...:)

Mar 5, 2012, 11:07:00 AM

bagusnya gotong royong rewang macam tu.. lagi bagus sbb org muda macam nini & hubby join sekali.. seronok akak dengar.. dpt jiran2 yg baik ni mmg satu rahmat buat kita kan..

Mar 5, 2012, 11:31:00 AM

Bestnya rewang2 camni. Kawasan rumah mak akak di PD pun dah tak de rewang2 lagi dah. Semuanya catering dan tetamu dtg makan je. Kurang meriah rasanya.

Mar 5, 2012, 11:34:00 AM

Lupa akak nak tanya. Nini dah sihat? Mudah2an dah pulih sepenuhnya.

Mar 5, 2012, 12:58:00 PM

@ciksukaberangan
maunya tak sedap..ramai tukang rasa! haha

Mar 5, 2012, 12:59:00 PM

@GtHans
hip-hip...hip hop!

Mar 5, 2012, 12:59:00 PM

@eima
aku semenjak pindah taiping baru pandai hidup bermasyarakat!

Mar 5, 2012, 1:00:00 PM

@Kakzakie
cerita mmg banyak kak...macam2 genre ado!

Mar 5, 2012, 1:00:00 PM

@Hanis Azla
btol kak..mmg rahmat sgt dpt jenjiran mcm nih

Mar 5, 2012, 1:00:00 PM

@Aidah
kat sini alhamdulillah kak..masih ada lg keje rewang nih

Mar 5, 2012, 1:01:00 PM

@Aidah
selesema & batuk masih bermaharajalela....tapi demam dah kebah. mekasih kak :)

Post a Comment