Ahli Kelab Kad !!

Jul 14, 2011

Home » » Surat rasmi dari ASTRO

Surat rasmi dari ASTRO

Dulu...
teman ada buat entry pasal Astrongok nak naik harga pakej...


tapi..
korang kata...

MCMC tak kasik naik harga....
kononnya kene bincang dengan kabinet dulu...


abes tu,....
apa makna surat yang sampai kat rumah teman arini??...




kata isi kandungan surat tuh....


"Astro melakukan beberapa pelarasan kepada pakej-pakej  yang ditawarkan berkuatkuasa 11 Julai 2011. Bagaimanapun, Pek Famili  dikekalkan pada harga  RM37.95 sebulan (atau hanya RM 1.30 sehari) untuk  akses ke 38 buah saluran.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan Astro di sini hari ini, bergantung kepada pakej pilihan pelanggan, sesetengah pelanggan mungkin akan mengalami kenaikkan harga sekitar  RM1 hingga RM15.00 sebulan.
“Terdapat penjimatan dari RM4 hingga RM14.95 sebulan dalam yuran  langganan mereka. Pelarasan berkenaan adalah seiring dengan komitmen  Astro untuk terus menawarkan nilai, pilihan dan perkhidmatan yang  berkualiti kepada para pelanggan,” jelas kenyataan tersebut.
Tambah kenyataan itu, pelanggan Astro kini boleh menikmati nilai wang  yang lebih baik dengan pelancaran Super Packs yang telah direka khas  bagi menawarkan pakej Astro yang terbaik termasuk perkhidmatan HD dan  PVR.
“Untuk hanya  RM125, para pelanggan boleh memanfaatkan perkhidmatan  HD dan rakaman, 3 pilihan pek mini, sukan, movies, Mustika dan Astro  Tayangan Hebat sambil membuat penjimatan yang hebat sehingga RM45.85,”  katanya.
Para pelanggan boleh menikmati lebih banyak program hiburan yang  menarik pada masa akan datang, seperti acara sukan ditawarkan dalam HD  termasuk  Rugby World Cup 2011, London Olympics 2012, Barclays Premier  League,  EURO 2012 dan Copa America Argentina 2011 dalam teknologi  definisi tinggi. "


dalam cerita nih...
sape yang kurang cerdik sebenarnya?...
kita sebagai pengguna?? 
atau ni semua permainan Astro vs MCMC ??
hebatkan....!!!!


sila tepuk tangan beramai-ramai....



3 comments

Jul 14, 2011, 4:14:00 PM

banyak juga penambahan tu

Jul 14, 2011, 4:33:00 PM

sama la..dapat gak surat tu..jom ramai2 buat aduan kat ADUAN RAKYAT!!!

Jul 14, 2011, 4:46:00 PM

pulak tu malam tadi x de live MAS vs Arsenal.. katanya astro kena bayar kalo nak amek live.. bayooo je lah.. dah kami bayoo dgn ko.. siap ada 'harga' baru lagik..

Post a Comment