Ahli Kelab Kad !!

Jun 26, 2011

Home » » Contest Saya Sayang Family Saya

Contest Saya Sayang Family Saya




teman nampak contest ni masa menziarah blog Abg Ben10 tadik...
DeZamanCottage ni jumpa Abg Ben10 kat C4 Alamanda....
fuh!!...cayalah bang!!
Abg ni selamba aje tegur Abg Ben10 cam dah kenal lama....
itula kehebatan ber"blog" kan....

ok..
berbalik pada tajuk entry contest nih....


Saya Sayang Family Saya
.......................................................................



takde sesiapa yang tak sayangkan family...
even kucing pon pandai sayangkan anak dia...
takde pulak dia buang anak dia..
apsal la manusia berfikiran sempit sampai sanggup buang bayi yang baru dilahirkan dari hasil percantuman benih & hidup 9 bulan dalam rahim mereka sendiri...
Subhanallah!!



family teman tak besar mana pun...
xcukup 5 jari pon adik beradik teman...
kami cuma 4 beradik...
2 perempuan..2 lelaki...
walaupon family teman bukan dari kalangan orang senang & berada...
tapi kami cukup seadanya...
Alhamdulillah...
hidup dalam keluarga yang mana ibu-bapanya bekerja shift..
mengajar kami 4 beradik erti berdikari...
setiap orang tau tugasan masing-masing setiap kali balik sekolah..
kami lakukan bukan untuk mendapat award dari mak-abah...
tapi demi meringankan kepenatan & tanggungjawab mereka...



bila teman meningkat dewasa & mempunyai keluarga sendiri...
teman "berkahwin" dengan keluarga suami teman...
suami juga 4 beradik...
suami teman kematian ayahnya ketika dia berusia 10 tahun..
dimana ketika itu adik kecilnya belum pon habis pantang!...
dibesarkan dalam keluarga yang serba sederhana...
penuh dengan dugaan & cabaran...
cuma mengharapkan ibu tunggal membanting tulang membesarkan anak-anaknya..
tapi Allah memberikan rahmat besar buat keluarga mereka..
kesemua adik-beradik suami teman menjadi orang yang berjaya..
malahan...
keluarga mereka dipandang tinggi penduduk kampung kerana semuanya mengharumkan nama sekolah dengan kecerdikan mereka...


gambar kami bersama kedua belah pihak keluarga...
ketika menyambut hari raya yang lepas....



ini pulak keluarga kecil teman....


selepas melahirkan zuriat kami yang sulung...
cik asbenn "menarik balik permit kerja luar" teman....
teman diminta berkhidmat sepenuhnya untuk cik asbenn & keluarga...
teman diberi amanah mendidik anak kami & diberikan peranan untuk terus menceriakan hidup hero-hero teman..
atas rasa tanggungjawab & rasa taat seorang isteri serta menyedari betapa besarnya peranan seorang ibu...
inilah kerjaya baru teman...
surirumah tangga!!


teman bahagia & suka kerjaya nih!!
InsyaAllah...
akan teman didik & asuh dengan sebaiknya anak-anak teman moga menjadi insan yang berguna kelak...


produk pilihan teman...

pada yang nak join..
boleh aje pilih hadiah anda di-sini..


tag :




tarikh tutup contest 22 Julai 2011 jam 23:59






2 comments

Jun 26, 2011, 2:57:00 PM

baik..ekeke insya Allah

Jun 26, 2011, 3:17:00 PM

kecil atau besar...moga bahagia dan dirahmati Allah selamanya

Post a Comment